Demi kesihatan mental, Bella Hadid berundur dari dunia model, pilih perniagaan wangian

 

SUPERMODEL, Bella Hadid memutuskan untuk berundur daripada dunia peragaan dan memulakan kehidupan baharu di Texas bersama pasangannya, Adan Banuelo.

Selepas sepuluh tahun dalam industri peragaan, Bella menyedari bahawa beliau perlu mengutamakan kebahagiaan dan kesihatan berbanding kerjayanya.

Iklan
Iklan

Bella turut mengakui dirinya tidak lagi perlu ‘memasang wajah palsu’ dan mahu merasai kebebasan dan ketenangan.

Pemilik nama sebenar, Isabella Khair Hadid menyatakan bahawa kehidupannya di Texas amat bermakna, kerana dapat lebih meluangkan masa dengan rakan-rakan, keluarga dan memberi tumpuan kepada penjagaan diri.

Wanita berusia 27 tahun itu memilih berbuat demikian bagi mengutamakan kesihatan mental dan fizikalnya selepas sepanjang tahun lalu, bertarung dengan penyakit Lyme.

Walaupun berjaya menjadi supermodel, namun beliau mendapati dunia peragaan tidak memberi keseimbangan kepada kehidupannya.

Kakak kepada model, Gigi Hadid itu menggambarkan masanya di Texas sebagai ‘masa terbaik’ bagi mendapat kebahagiaan dalam hubungan dan kebebasan untuk menjadi dirinya sendiri tanpa tekanan dalam mengekalkan imej tertentu.

Bella kini menceburi bidang perniagaan dengan pelancaran wangian sulungnya, Orebella.

Produk tersebut diinspirasi daripada kecintaannya terhadap budaya keturunan keluarga Arab selain mencerminkan keperibadiannya.

Share
Nilam Nur Atikah Oshman

Published by
Nilam Nur Atikah Oshman

Recent Posts

Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet

PASANGAN mempelai ini meledak di laman sosial Facebook. Siapa sangka dengan hanya satu hantaran oleh…

11 hours ago

Bekas suami kahwin lain, Jaclyn Victor tumpang gembira. ‘saya doakan dia & isteri bahagia selamanya’

Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi rasa gembira mendengar perkhabaran berita bekas suaminya, Shawn Rivera bertemu jodoh…

12 hours ago

Kembara gastronomi kulinari Jepun & benua Eropah, ini 4 lokasi santapan eksklusif tengah kota yang boleh dicuba

TAK perlu terbang jauh semata-mata mahu menikmati kulinari autentik Jepun dan benua Eropah kalau di…

15 hours ago

Nur Izzara lengkapi rumah tangga Datin Alyah dan Tok Ram. ‘Murahnya rezeki, bakal tunai haji, dapat baby’

KEHADIRAN si kecil bernama Nur Izzara mengubah kehidupan penyanyi terkenal, Datin Alyah. Dalam satu hantaran…

15 hours ago

Pelakon & penyair Pyanhabib Rahman meninggal dunia pada umur 66 tahun

PELAKON dan penyair Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman atau dilaporkan…

17 hours ago

Sedekad menanti, wanita timang anak sulung pada usia suami 80 tahun. ‘Alhamdulillah 31 Mei puteri kami dilahirkan’

SEBAK dan menyentuh hati, video memaparkan seorang bapa mengiqamatkan bayi menjadi tular di laman sosial.…

1 day ago