HAMPIR empat bulan kehilangan wang simpanan berjumlah hampir RM60,000, pelakon Dynas Mokhtar bersyukur ia diperolehi semula.

Pemilik nama Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar itu menzahirkan rasa lega penantian selama empat bulan berakhir biarpun jumlah wang yang lesap belum sepenuhnya dikembalikan buat masa ini.

Berkongsi insiden kronologi insiden pada Januari lalu, Dynas berkata kesnya itu agak pelik kerana beliau tidak pernah menekan mana-mana alamat laman web (URL). Bahkan, simpanannya yang hilang melibatkan kad debit.

“Saya tidak pernah menerima panggilan daripada orang tidak dikenali, menekan mana-mana link mahupun kehilangan kad debit berkenaan.

“Ketika itu saya sangat sibuk dan tidak sempat untuk memeriksa akaun bank. Siapa yang akan bukan akaun bank setiap hari untuk menyemak baki kan?

“Saya pulang ke rumah pada jam 3, 4 pagi dan membayar gaji pembantu peribadi. Ketika itu saya lihat baki akaun dan terkejut 70 hingga 60 peratus wang simpanan saya hilang.

Baca juga: Duit dalam akaun lesap, Dynas kongsi kronologi wang simpanan hilang. ‘Ingatkan guna kad debit lebih selamat tapi…’

Baca juga: Selamat bersalin baby girl, Dynas Mokhtar timang anak ke-4

“Mulanya tertanya-tanya apa yang telah dibeli namun apabila difikirkan kembali saya tidak membeli apa-apa kerana saya menjalani penggambaran setiap hari. Malah saya tidak membuat sebarang pembayaran kerana akaun berkenaan saya tidak gunakan untuk membuat transaksi berkenaan,” jelasnya.

Mengesyaki sesuatu yang tidak kena, pelakon berusia 41 tahun itu terus menghubungi pihak bank untuk membatalkan kad debit berkenaan.

“Selepas dibatalkan, pihak bank menelefon saya. Ketika itu saya sudah membuat laporan polis walaupun pihak bank kata tidak perlu.

“Pada mulanya saya ingatkan hanya RM28,000 yang hilang namun apabila memeriksa penyata bank, rupanya amaun berkenaan hampir RM60,000.

Baca juga: Hati-hati scammer curi duit dalam akaun bank, Che Nom kongsi tip elak ditipu

Baca juga: Kad kredit diguna ‘scammer’ RM4,000 lesap, wanita ini kongsi langkah dapatkan duit semula

Baca juga: Tular ditipu puluhan ribu scammer kerja part time, wanita dedah kronologi dan modus operandi, psiko mangsa sampai duit licin

“Selepas mengetahui jumlah, saya mengemas kini laporan polis kepada jumlah yang betul. Selepas itu bank menghubungi saya dan akhirnya saya perlu memberikan telefon bimbit kepada polis bagi membantu siasatan.

“Dari Januari hingga kini saya masih tidak mendapat kembali telefon bimbit berkenaan kerana masih disiasat. Pihak polis tidak mengetahui apa yang tidak kena, namun saya telah memberikan semua maklumat diperlukan,” katanya.

Berkat kesabaran, pelakon Tombiruo: Penunggu Rimba itu berkata beliau mula memperolehi kembali wang yang lesap sedikit demi sedikit.

“Pihak bank memeriksa kembali akaun berkenaan. Kesimpulannya ada individu yang menggunakan nombor kad debit saya dengan memasukkan ia ke dalam telefon untuk pembelian atas talian.

“Suspek membeli-belah seluruh dunia seperti Arab Saudi, Jepun, China, Singapura, Brazil, Afrika Selatan, Amerika Syarikat dan Korea Selatan kerana ada transaksi melibatkan mata wang negara berkenaan.

“Selain itu ada bukti transaksi lain dilakukan seperti mendapatkan rawatan rambut di salun, membeli Iphone, membeli makanan menerusi perkhidmatan penghantaran dan lain-lain,” jelas Dynas.

Iklan

Namun setakat ini, beliau berkongsi kes penipuan berkenaan masih dalam siasatan.

“Sehingga kini suspek masih tidak dapat dikesan lokasinya namun segala pembelian dilakukan secara dalam talian. Maka, dengan itu pihak bank boleh mengesan aliran wang dan kini saya berjaya memperolehinya semula.

“Bukan 100 peratus, masih berbaki 2 hingga 3 peratus yang tidak dapat dikesan bank dan saya masih cuba mendapatkannya kerana pihak mereka perlu bertanggungjawab atas kehilangan itu,” kata Dynas.

Terdahulu, Dynas berkongsi peringatan kepada orang ramai untuk menyimpan wang di tempat lebih selamat di samping meningkatkan tahap keselamatan wang simpanan.

5 maklumat penting bank yang perlu dirahsiakan dan dilindungi!

1. Nombor kad
Jangan kongsi nombor kad ATM debit mahupun kredit pada orang lain apatah lagi berikan kad berkenaan kepada sesiapa. Ini membolehkan scammer mendaftar atau menukar maklumat perbankan Internet  tanpa sedar. Selain kehilangan wang simpanan, lebih menakutkan ‘scammer’ boleh menyalahgunakan ia untuk buat aktiviti scam.

2. Nombor pin kad
Sama juga seperti nombor kad ATM, mendedahkan nombor pin kad meningkatkan risiko kecurian. Malah pihak tidak bertanggungjawab berpeluang daftar atau menukar maklumat perbankan internet anda sewenang-wenangnya. Kalau sayangkan duit simpanan anda, rahsiakan nombor pin dan jangan dedahkannya.

Iklan

3. Jangan daftar nombor orang lain semasa membuka akaun
Tindakan mendaftarkan nombor telefon milik individu lain semasa membuka akaun meningkatkan risiko kehilangan wang dalam akaun bank. Lebih-lebih lagi jika nombor telefon itu adalah milik scammer. Suspek boleh mendaftarkan perbankan Internet tanpa pengetahuan anda dan nombor TAC juga akan dihantar ke nombor telefonnya. Gunakan maklumat sendiri apabila membuka akaun simpanan ya!

4. Nombor TAC/OTP
Usah serahkan nombor TAC/OTP kepada pihak penipu kerana ia membuka peluang untuk mereka mengambil alih perbankan Internet anda dan memindahkan wang kepada pihak ketiga. Jika anda menerima panggilan kononnya nombor TAC individu berkenaan dihantar ke telefon anda, abaikannya sahaja. Sudah pasti itu adalah cubaan untuk mencuri wang simpanan. Kemas kini nombor telefon jika ia berlaku.

5. ID & kata laluan
Mungkin ada individu yang menyamar menjadi pegawai bank menghubungi anda dan minta maklumat ini. Ingat, jangan kongsi ID dan kata laluan akaun bank dalam talian kepada sesiapa pun. Bahaya kerana akaun anda berisiko diakses oleh orang lain.

Sumber: TikTok, Soya Cincau

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!