KONFLIK hubungan pelakon Myra Natasya dan bapa, Halim Othman menjadi perhatian ramai.

Hal berkenaan dikatakan berpunca daripada kemas kini maklumat bapa pada sijil kelahiran dilakukan penyampai radio itu di luar pengetahuan beliau.

Daalm perkembangan berkaitan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan permohonan pembetulan maklumat berkenaan mengikut prosedur.

Baca juga: Mengaku anak tidak sah taraf, Myra Natasya dedah Halim Othman tukar nama pada sijil kelahiran tanpa pengetahuan

Baca juga: Dakwa anak depresi, jauhi keluarga, Halim Othman bimbang keadaan Myra Natasya. ‘Tolong beri ruang dan doa’

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Siti Mariani Ayob berkata, permohonan itu dikemukakan oleh Halim dan ibu Myra Natasya, Yusnita Omar pada tahun 2022.

Menerusi laporan Sinar Harian, JPN menegaskan permohonan pembetulan maklumat berkenaan mengikut prosedur.

Terdahulu, Myra menerusi laman sosial Instagram mendedahkan status diri sebagai anak tidak sah taraf dan ibu bapanya tidak pernah berkahwin dan kenyataan beliau sebelum ini melindungi nama baik.

Baca juga: Penantian 27 tahun, Syawal Istimewa Myra Natasya

Baca juga:Cara mudah tukar nama anak di JPN, mak-mak wajib tahu

Baca juga: Surat beranak ibu bapa atau sendiri dah lusuh &8 lunyai, ini cara mudah tukar baru di JPN

Myra atau nama penuhnya Yusmyra Natasya, 29, turut mengakui perasaan kecewa berhubung tindakan penukaran maklumat pada sijil kelahiran asalnya yang hanya diketahui ketika berada di Jepun baru-baru ini.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN PEMBETULAN PADA SIJIL KELAHIRAN

1-Permohonan pembetulan maklumat di bawah Seksyen 27(3)Dalam Sijil Kelahiran Bagi Pembetulan Kesilapan Fakta.

Iklan

2-Ia berkenaan untuk membetulkan kesilapan fakta yang mana maklumat diberi pemaklum semasa pendaftaran kelahiran tidak tepat atau tidak diperolehi.

3-Pemohon dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan bagi membuktikan kesilapan fakta tersebut.

4-Permohonan pembetulan maklumat boleh dibuat oleh individu seperti berikut:

  • Pemilik sijil kelahiran.
  • Ibu atau bapa kandung kanak-kanak.
  • Penjaga yang sah (disertakan surat kebenaran penjagaan kanak-kanak daripada JKM).

5-Pemohon dikehendaki hadir di JPN berhampiran seluruh Semenanjung Malaysia.

6-Berikut adalah dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan;

  1. Borang JPN.LM21 (asal).
  2. Sijil Kelahiran kanak-kanak (asal).
  3. Kad Pengenalan ibu dan bapa (asal dan salinan).
  4. Borang Akuan (AM80) ibu dan bapa (asal).
  5. Borang Maklumat Keluarga (BMK81) (asal).
  6. Dokumen Perkahwinan ibubapa – (asal dan salinan).
  7. Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan adik-beradik kanak-kanak (asal dan salinan)- jika ada.
  8. Dokumen-dokumen lain yang boleh menyokong permohonan seperti sijil atau Kad Memeluk Agama Islam ibu atau bapa kanak-kanak (asal dan salinan) – jika bekaitan.
  9. Sijil kelahiran atau sijil kematian ibu atau bapa kanak-kanak (asal dan salinan) – jika berkaitan.
  10. Surat kelulusan penukaran nama daripada Bahagian Kad Pengenalan, JPN (asal dan salinan) – jika berkaitan.
  11. Surat keizinan oleh ibu bapa kandung kanak-kanak yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan – jika berkaitan.
  12. Laporan Perubatan dan Laporan Jawatankuasa Teknikal Perubahan Jantina dari Hospital Kerajaan (asal dan salinan) – jika berkaitan.
  13. Perintah Mahkamah (asal dan salinan) – jika ada.

7-Pemohon perlu membayar fi permohonan sebanyak RM50.

Iklan

8-Borang JPN. LM21 Permohonan Kemasukan Nama/ Pembetulan Maklumat Di Dalam Daftar Kelahiran, Borang AM 80 – Borang Akuan dan Borang BMK81 – Borang Maklumat Keluarga yang asal perlu dikemukakan semasa menghantar permohonan.

Sumber: Sinar Harian (Wartawan Tuan Buqhairah Tuan Muhammad Adnan), Portal JPN

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!