Ismahalil terlepas hukuman mati, tak sabar jumpa ibu & wali nikah anak, akui dipenjara umpama mati tapi bernafas

BEKAS penyampai radio, Ismahalil Hamzah menyifatkan dirinya bernafas semula selepas dibebaskan di Mahkamah Tinggi atas tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram pada 2021.

Usai dibebaskan, Ismahalil, 50, yang memakai baju T dan berkupiah putih menzahirkan keinginan untuk bertemu ibunya.

“Perkara pertama yang saya nak buat, jumpa mak saya di Sepang, dia sakit, itu keutamaan saya,” katanya.

Dalam pada itu, pengalaman dipenjarakan memberikan kesan yang besar kepada dirinya.

“Sepanjang dipenjarakan, saya macam mati namun masih bernafas sebab tiada hubungan luar, namun Alhamdulillah… ALLAH bagi saya bernafas semula, pengalaman itu beri pengajaran yang cukup besar.

“Berbekalkan semangat yang ada, radio ‘Bapakku FM’ akan dibuka semula. Cuma beri sedikit masa, saya akan teruskan kembali sebagai penyampai radio,” katanya.

Dalam pada itu, DJ veteran yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun itu tidak sabar menjalankan tugas sebagai bapa bagi mewalikan anak pernikahan anak perempuannya Oktober ini.

Iklan
Iklan

Setelah sekian lama meringkuk di penjara, baharu ini dia dapat merasakan kebebasan untuk bertemu dengan isteri dan anak-anak.

Baca juga: Derita bipolar, penyanyi Yasin Sulaiman sah tidak waras semasa kejadian kes dadah, berikut tanda-tandanya

“Insya-ALLAH, saya akan mengadakan majlis doa kesyukuran, saya memohon semua pihak memberi masa sebulan, untuk saya berehat,” kata juruhebah ‘legend’ sejak 1990-an itu.

Ismahalil dibebaskan selepas Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas Ismahalil berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Dalam kes ini, pembelaan diwakili peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zulkarnain Zulkafli sementara pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad.

Baca juga: Tiada lagi hukuman mati mandatori di Malaysia, 11 fakta mengenainya

Selepas keputusan diketahui, Ismahalil dilihat terperosok ke bawah kerusi di kandang tertuduh.

Berikut adalah kronologi kes dihadapinya:

1-Ismahalil didakwa kali pertama di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 6 September 2021.

2-Pada 21 Februari tahun lalu, beliau mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis anggaran berat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju di sini, pada 5.35 petang, 27 Ogos 2021.

3-Dia dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

4-Pada 27 Februari lalu, Ismahalil menangis sambil memandang ke arah isteri dan anak-anaknya, selepas mahkamah memerintahkan dia membela diri atas tuduhan tersebut.

Ismahalil bermula sebagai juruhebah pada tahun 1994 di Radio Muzik diikuti Rediffusion FM dan THR Gegar Pantai Timur.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Share
Azma ML

Recent Posts

Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet

PASANGAN mempelai ini meledak di laman sosial Facebook. Siapa sangka dengan hanya satu hantaran oleh…

2 days ago

Bekas suami kahwin lain, Jaclyn Victor tumpang gembira. ‘saya doakan dia & isteri bahagia selamanya’

Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi rasa gembira mendengar perkhabaran berita bekas suaminya, Shawn Rivera bertemu jodoh…

2 days ago

Kembara gastronomi kulinari Jepun & benua Eropah, ini 4 lokasi santapan eksklusif tengah kota yang boleh dicuba

TAK perlu terbang jauh semata-mata mahu menikmati kulinari autentik Jepun dan benua Eropah kalau di…

2 days ago

Nur Izzara lengkapi rumah tangga Datin Alyah dan Tok Ram. ‘Murahnya rezeki, bakal tunai haji, dapat baby’

KEHADIRAN si kecil bernama Nur Izzara mengubah kehidupan penyanyi terkenal, Datin Alyah. Dalam satu hantaran…

2 days ago

Pelakon & penyair Pyanhabib Rahman meninggal dunia pada umur 66 tahun

PELAKON dan penyair Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman atau dilaporkan…

2 days ago

Sedekad menanti, wanita timang anak sulung pada usia suami 80 tahun. ‘Alhamdulillah 31 Mei puteri kami dilahirkan’

SEBAK dan menyentuh hati, video memaparkan seorang bapa mengiqamatkan bayi menjadi tular di laman sosial.…

3 days ago