ISU penyanyi, Adira Suhaimi yang keluar bekerja meskipun masih dalam tempoh iddah menjadi perhatian warganet. Penyanyi itu baru-baru ini tampil memberi penjelasan beliau perlu keluar bekerja bagi mendapatkan sumber pendapatan untuk menyara empat orang cahaya matanya.

Perihal berkaitan penyanyi itu yang selepas bercerai dengan bekas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red pada 23 April lalu itu juga mendapat perhatian Dai Annas.

Baca juga: ‘Saya tak mahu menyusahkan.’ Datin Red tak buat sebarang tuntutan, sempat bermaafan sebelum cerai, Datuk Red kini menduda

Baca juga: Ikatan 9 tahun terlerai, Adira dan Datuk Red bercerai talak satu

Baca juga: Datuk Red muflis sejak 2019, hargai isteri-isteri tutup aib. ‘;Adira beri RM100 untuk beli makanan buka puasa & buku sekolah anak’

Annas berkata, seseorang wanita itu perlu melalui tempoh iddah selepas bercerai secara hidup atau kematian suami dan mereka dinasihatkan untuk duduk di rumah.

Namun begitu, Annas berkata ada kelonggaran yang diberikan sekiranya wanita itu keluar dengan alasan yang muhasabah, misalnya atas urusan pekerjaan.

“Berdasarkan ilmu saya, dalam tempoh iddah ini ada beberapa rukshah dan keringanan diberikan misalnya sebelum ini ada seorang wakil rakyat yang kematian suami tapi keluar bekerja. Jadi di sini, ada pendapat yang lebih cenderung mengatakan kita perlu menjaga tempoh iddah, tak boleh keluar dan melakukan perkara yang di luar hukum Islam.

“Misalnya, seorang ibu perlu menguruskan keluarga tanpa bantuan dari orang sekeliling atau waris anak-anaknya, ibu diberikan kebenaran untuk keluar dengan kadar yang tertentu. Cuma dalam hal Adira ini saya tak pasti sejauh mana kepentingan beliau keluar.

Baca juga: 15 info tuntutan mutaah & harta sepencarian wanita bercerai berhak dapat daripada bekas suami

Baca juga: Penceraian hakam jalan terakhir suami enggan lafaz talak, 20 fakta wanita perlu tahu

Baca juga: ‘Wanita jangan cari jodoh sampai jadi bodoh.’ pesan pensyarah dan pakar hartanah ini

Da’i Mohd Annas bin Khamis

“Kalau bekerja mencari rezeki, kita kena tengok juga kadar keperluan untuk keluarganya tapi saya rasa tidaklah tiada duit langsung untuk makan dan minum. Mungkin ada lagi duit untuk meneruskan kelangsungan hidup. Jadi saya rasa berbalik pada hukum, dia tidak dibenarkan,” katanya dipetik OhBulan.

Sementara itu, Annas turut mengulas tentang tempoh iddah seperti mana yang telah ditetapkan menurut hukum syarak.

Baca juga: Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

“Tempoh suci bagi cerai mati atau hidup juga berbeza. Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini pernah mengeluarkan artikel berkenaan isu ini, wanita dibenarkan keluar bekerja kalau kematian suami atau kalau diceraikan oleh suaminya dalam keadaan tidak diberikan apa-apa untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Kalau tanya saya, saya tidak faham keseluruhan konteks artis itu keluar untuk tujuan apa. Saya tidak mengikuti sangat perkembangan dia (Adira), jadi mungkin konteks yang saya kongsikan di sini mungkin tidak sama dengan apa yang dilalui oleh artis tersebut.

“Jika suami sudah meninggal atau bekas suami tidak mampu menyara bekas isteri, waris suami perlu tampung kehidupan bekas isteri dan keluarga sehingga tempoh iddah habis,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Red yang ditemu bual mStar meminta orang ramai untuk berhenti mengecam bekas isterinya dan menjelaskan situasi sebenar.

Ujar beliau, bekas isterinya itu tidak melanggar iddah dan mempunyai alasan yang kukuh iaitu keluar rumah bagi mencari rezeki untuk menyara keluarga. Malah, ujar Datuk Red, Adira juga mempunyai komitmen bulanan yang tinggi.

“Komitmen Adira sangat tinggi, perlu membayar rumah, bayar kereta, ada orang gaji dua orang, sara ibu di kampung. Dia juga ada syarikat yang mempunyai staf.

Baca juga: Kembali aktif menyanyi. Follow with the flow. Adira Suhaimi tidak terfikir mahu beritahu anak konflik bersama suami

Baca juga: Rupa-rupanya ini rahsia kulit putih gebu cara Adira Suhaimi. Tetap langsing dan cantik walau sudah punya 4 anak!

“Kalau harapkan saya punya jualan dan nafkah memang tak cukup. Jadi, nak tak nak dia kena kerja, dia pun ada syarikat, ada pekerja yang semua mengharapkan pada dia,”jelasnya.

Mengakui perbuatan Adira adalah untuk mencari rezeki semata-mata.Malah, Datuk Red juga memaklumkan bekas isterinya itu tetap meminta keizinan dan memaklumkan pergerakan serta sering berkongsi lokasi dengannya jika keluar dari rumah.

Iklan

“Yang bagusnya Adira ini, beliau keluar rumah walaupun pergi ke kedai di hadapan rumah pun dia akan hantar ‘live location’ kepada saya. Apa pergerakan dia, saya tahu dan izinkan. Niat dia hanya cari rezeki.

“Kalau pergi ke ‘show’ pun, dia akan terus balik rumah. Tidak ada jumpa kawan untuk berseronok,” ujar Datuk Red.

5 INFO BERKAITAN IDDAH WANITA PERLU TAHU

Acap kali apabila bercerita tentang iddah, ia seringkali dikaitkan dengan kaum Hawa. Contohnya, sepanjang tempoh ini para isteri tidak boleh keluar rumah, perlu jaga cara pemakaian dan sebagainya.

Tujuan iddah adalah untuk memastikan wanita tersebut tidak mengandung bagi mengelakkan kekeliruan nasab sebenar anak jika dia menikah dengan lelaki lain.

Terdapat batasan hukum semasa tempoh iddah talak rajie iaitu talak satu atau dua yang membolehkan suami berhak untuk rujuk selagi isteri tersebut berada dalam tempoh idah.

Wanita yang sedang menjalani iddah talak rajie perlu mematuhi perkara berikut:

i. Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.

Iklan

ii.Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan semasa dalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan.

iii.Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dengan keizinan suami.

iv.Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal semasa masih dalam ikatan perkahwinan. Dalam hal ini suami dilarang menghalau keluar isteri yang diceraikan bahkan mereka wajib menanggung seluruh nafkahnya termasuk nafkah tempat tinggal. Namun mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda.

v. Tidak boleh berkabung. Bahkan mereka dituntut untuk bersolek dan berhias kepada suaminya sebagai dorongan bagi membangkitkan keinginannya untuk rujuk semula.

Sumber: OhBulan, mStar, JAKIM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!