SEBELUM ini tular gerakan Blackout2024, iaitu satu tindakan masyarakat global dalam menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin yang sedang berjuang.

Tidak terkecuali bagi negara kita, Malaysia turut serta dalam gerakan sama dengan memboikot selebriti yang masih menjalankan kerjasama dengan produk yang menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin.

Melihat dari sudut pandangan selebriti dari seberang, Datuk Seri Rossa memuji dengan tindakan rakyat Malaysia yang bersatu demi kebebasan rakyat Palestin dari cengkaman Zionis.

Akui penyanyi yang popular dengan lagu ‘Pudar’ ini, kempen itu dilihat tidak sekuat di Indonesia kerana masyarakat di negaranya mempunyai pemikiran berbeza.

“Sebenarnya gerakan boikot di Indonesia tidak sekuat di Malaysia. Saya merasakan impak blackout itu hanya di sini.

“Di Indonesia ada sebahagian masyarakat yang mempunyai pemikiran masing-masing,” katanya pada Sinarplus.

Baca juga : Isu Adira keluar bekerja dalam iddah jadi perhatian warganet, ini penjelasan Datuk Red. 5 fakta wanita perlu tahu

Baca juga : Sempat tayang result straight 9A tahun 2005, Dr Say Shazril nasihat SPM permulaan untuk…

Tambah pemilik nama sebenar Rossa Roslaina Sri Handayani lagi, biarpun gerakan boikot tidak terlalu kuat di Indonesia namun rakyat mereka tidak terlepas dalam menunjukkan solidariti terhadap saudara Islam di Palestin.

“Namun, itu tidak bermakna mereka tidak menyokong saudara lslam di Palestin. Mereka juga mempunyai sikap solidariti yang tinggi.

“Setiap hari minggu di Indonesia selalu ada perhimpunan untuk memperjuangkan nasib rakyat di Palestin,” jelasnya.

Iklan

Dalam pada itu, Rossa juga memaklumkan bahawa dirinya tidak lagi mempromosikan jenama produk yang menunjukkan sokongan terhadap Zionis.

“Saya tidak lagi mempromosi barangan jenama pro Israel tetapi kalau untuk tujuan kerja dan selagi ia bukan hard sell, mungkin saya tidak kisah untuk terlibat menghadiri acara mereka,” tambahnya ketika ditemui pada sidang media Konsert Divas & Diamonds 2024 yang diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur Isnin lalu.

Iklan

Konsert yang akan berlangsung di Arena Larkin, Johor Bahru pada September ini menggabungkan nama-nama hebat dalam industri tanah air kita dan juga seberang dengan menampilkan Datuk Seri Rossa, Datuk Jamal Abdillah, Dayang Nurfaizah dan juga seorang lagi selebriti yang masih lagi dirahsiakan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!