KUMPULAN Dolla tidak terasa hati dengan ‘komen pedas’ daripada anggota SMDX iaitu Elle Thong.

Bahkan mereka menerima sebarang pendapat dan kritikan sebagai pemangkin semangat.

Salah seorang anggotanya iaitu Sabronzo berkata, mereka sedar bukan semua rakyat Malaysia mengenali kumpulan Dolla.

Ulas beliau, ia tidak mematahkan semangat sebaliknya memberi motivasi untuk terus bekerja keras menghasilkan lebih banyak lagu dan karya seni yang bagus.

“Kita rasa baik-baik sahaja.. Benda kecil sahaja tak perlu besarkan.

“Cerita begini memang akan berlaku tapi just move on,” katanya ketika sidang media Konsert Dolla di Planetarium Negara, Kuala Lumpur.

Dolla berkata demikian ketika menjawab isu berhubung kenyataan salah seorang kumpulan wanita dari Sabah tersebut yang tidak mengenali mereka.

Susulan itu, Sabronzo meminta penyokong dan peminat terutama iDolla tidak berdebat atau melayan perkara itu lagi.

“Kami sangat menghargai tindakan mereka untuk melindungi dan mempertahankan Dolla.

“Tidak mengapa, jangan gaduh-gaduh, sayang- menyayangi dan terus menyokong kami,” ujarnya.

Iklan

Sementara itu, Tabby berkata, melakukan kesilapan memang sukar dielakkan tetapi perlu dijadikan peringatan agar tidak berulang semula.

“Kami amat menyokong kumpulan wanita baharu, jangan risau kesilapan memang selalu terjadi.

“Bagi pihak kami okay saja, lagipun dia masih baru dalam industri,” katanya.

Ketika ditanya sama ada Dolla sudi berkolaborasi dengan SMDX di masa akan datang, jawab Sabronzo, tiada masalah jika ada peluang.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang