LEMBAGA Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melahirkan rasa kecewa apabila seorang pengacara popular dalam satu program televisyen baru-baru ini menjadikan minyak sawit sebagai sentimen jenaka.

Perbuatan tersebut disifatkan sebagai mencalarkan imej komoditi berkenaan.

MPOB dalam satu kenyataan berkata, ucapan pengacara itu dilihat seolah-olah merendahkan minyak sawit apabila mendakwa makan produk tersebut ibarat memudaratkan kesihatan.

“Beliau mendakwa dengan memakan minyak sawit samalah juga seperti memakan kerengga yang boleh menyebabkan kerosakan minda.

“Walau dalam nada bersahaja, namun kami di MPOB berasa amat kecewa dengan kenyataannya.

Baca juga:Berkat jual air jagung, Amir Raja Lawak beli Alza, nombor plat jadi perhatian

Baca juga:Guru lawak rogol undang amarah ramai! Mohon ambil tindakan segera

“Tahukah beliau, kita adalah pengeluar utama minyak sawit dunia? Minyak sawit kita berkualiti tinggi dan diiktiraf dunia?,” katanya menerusi Facebook.

Sekadar makluman, minyak sawit merupakan penyumbang utama kepada pendapatan eksport negara secara tepatnya di tempat ketiga selepas elektrik, elektronik dan petroleum.

Ujar beliau lagi, industri sawit juga yang menjadi punca rezeki kepada 500,000 pekebun kecil di Malaysia.

“Caknalah! Jangan kerana lantang lidah berbicara, punya kebebasan berjenaka, komoditi negara pula dipersenda.

“Lantas menjadi asbab tidak berasap dapur mereka,” katanya.

Baca juga:Pelawak hina Malaysia bikin ‘panas’, Singapura umum Jocelyn Chia bukan warganegara, ini kronologinya

Iklan

MPOB menggesa pihak terbabit iaitu Astro untuk lebih berhati-hati dalam menapis kandungan siaran agar isu tersebut tidak berulang lagi.

“Sebagai rakyat Malaysia, kalau bukan kita yang menaikkan imej minyak sawit, siapa lagi?” katanya lagi.

Difahamkan, menerusi video berdurasi 1 minit 56 saat itu menyaksikan bekas pelakon sebuah drama aksi itu kononnya bergurau untuk mengawal situasi apabila seorang lagi artis jemputan menyatakan rancangan tersebut haru-biru dengan nada ketawa.

“Jangan minum minyak kelapa sawit, kena makan banyak buah-buahan kurma, jangan kunyah kerengga kerana ia boleh merosakkan minda,” ujarnya.

Iklan

Kita manusia selalu melakukan kesilapan, sebab itu kena hati-hati dalam percakapan.
Jika nak bergurau pun kena berpada-pada dan sensitif dengan keadaan sekeliling.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!