‘Kalau aku jumpa mak pak hang…’ Lelaki muat naik komen berbaur ugutan bunuh terhadap ibu bapa Naim Daniel kini ditahan polis

INI kalau jumpa mak pak hang (kau), aku sembelih hidup-hidup’.

Demikian ugutan yang diterima penyanyi dan pelakon, Naim Daniel mengenai satu hantaran di aplikasi Instagram.

Lantaran tersebut, beliau membuat laporan polis di balai bawah pentadbiran Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang pada 14 Mei lalu susulan ugutan bunuh di laman sosial terhadap ibu bapanya di media sosial.

Iklan
Iklan

Terbaharu, polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan susulan laporan polis yang dibuat oleh selebriti berusia 26 tahun itu pada 15 Mei lepas pada jam 12.42 pagi di Balai Polis Lenggeng.

“Pengadu menyatakan pada hari sama ketika berada di rumah telah menerima satu ugutan jenayah dari individu yang tidak dikenali di laman sosial.

“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan/Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 iaitu jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya, ” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ujarnya, polis turut merampas sebuah telefon bimbit milik suspek dan dia kini direman selama empat hari bermula Sabtu untuk siasatan kes.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan dalam masa terdekat,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRA

F yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share
Zaiton Manaf

Published by
Zaiton Manaf

Recent Posts

Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet

PASANGAN mempelai ini meledak di laman sosial Facebook. Siapa sangka dengan hanya satu hantaran oleh…

16 hours ago

Bekas suami kahwin lain, Jaclyn Victor tumpang gembira. ‘saya doakan dia & isteri bahagia selamanya’

Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi rasa gembira mendengar perkhabaran berita bekas suaminya, Shawn Rivera bertemu jodoh…

17 hours ago

Kembara gastronomi kulinari Jepun & benua Eropah, ini 4 lokasi santapan eksklusif tengah kota yang boleh dicuba

TAK perlu terbang jauh semata-mata mahu menikmati kulinari autentik Jepun dan benua Eropah kalau di…

19 hours ago

Nur Izzara lengkapi rumah tangga Datin Alyah dan Tok Ram. ‘Murahnya rezeki, bakal tunai haji, dapat baby’

KEHADIRAN si kecil bernama Nur Izzara mengubah kehidupan penyanyi terkenal, Datin Alyah. Dalam satu hantaran…

20 hours ago

Pelakon & penyair Pyanhabib Rahman meninggal dunia pada umur 66 tahun

PELAKON dan penyair Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman atau dilaporkan…

22 hours ago

Sedekad menanti, wanita timang anak sulung pada usia suami 80 tahun. ‘Alhamdulillah 31 Mei puteri kami dilahirkan’

SEBAK dan menyentuh hati, video memaparkan seorang bapa mengiqamatkan bayi menjadi tular di laman sosial.…

1 day ago