SEBAGAI selebriti yang sentiasa menjadi spotlight ramai, sudah tentunya Scha Alyahya sangat menjaga penampilan diri termasuklah kesihatan gigi.

Akui pemilik nama sebenar Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, beliau sangat disiplin soal penjagaan dan akan memastikan rutin gosok gigi sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali sehari.

“Kalau ditanya part gigi, memang saya OCD (obsessive-compulsive disorder). Saya akan flos setiap hari dan tak lupa juga bersihkan bahagian lidah.

Make sure temu janji dengan doktor gigi berkala dibuat untuk diri dan anak-anak juga. Kita sebagai ibu perlu mendidik mereka tentang kepentingan penjagaan gigi dari kecil,” katanya.

scha alyahya

Beliau bersama suami, Awal Ashaari tampil sebagai Rakan Systema sempena pelancaran Kempen #GumHealthFirst di InterContinental Hotel Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Noormi Othman, Pengarah Urusan Southern Lion, Tomotaka Oka dan Presiden Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP), Dr Mohd Faizal Hafez Hidayat.

scha alyahya

Systema dengan kerjasama MSP dan KKM mengambil inisiatif meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gusi dalam mengekalkan kesihatan mulut secara keseluruhan.

 

Menjawab satu soalan, Scha yang juga ibu kepada dua cahaya mata itu sanggup menghadapi masalah rambut gugur berbanding hilang gigi kerana memikirkan kos yang lebih mahal.

scha alyahya

“Sebenarnya lebih mudah nak uruskan masalah rambut gugur. Meskipun setakat ini belum lagi berdepan masalah sedemikian, namun saya percaya jika kita mengabaikan penjagaan gigi, ia lebih memberi kesan buruk pada diri.

“Justeru, saya akan amalkan penjagaan asal wajib buat iaitu gosok gigi selepas dan sebelum tidur. Selain itu pemilihan berus dan ubat gigi yang betul juga penting,” ujarnya.

Masalah gusi serius

Sementara itu, Dr Noormi juga menekankan, penyakit gusi di Malaysia adalah serius apabila statistik menunjukkan seramai 94.5 peratus golongan dewasa (berusia 35 hingga 44 tahun) mengalami gusi tidak sihat.

scha alyahya

“Selain itu, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Mulut Orang Dewasa 2020 menunjukkan periodontitis iaitu sejenis penyakit gusi yang teruk pula menjejaskan 38.2 peratus orang dewasa.

Iklan

Baca juga Kembali langsing selepas bersalin, apa rahsia Scha Alyahya?

“Implikasi penyakit gusi sangat mendalam. Dengan penjagaan yang betul, ia bertindak sebagai pertahanan utama sebagai perlindungan pencegahan keradangan dan masalah kesihatan lain,” terang beliau.

scha alyahya

Oka dalam ucapannya turut memberitahu, statistik yang dikongsikan membantu pihaknya untuk memahami situasi kesihatan gusi sekali gus memperkenalkan kempen #GumHealthFirst.

Baca juga ‘She’s syaiton’. Lara Alana tak tahan adik makan depan mata undang tawa Awal Ashaari & Scha Al Yahya

“Dengan kesedaran yang mencukupi, kami yakin bahawa penyakit gusi boleh dicegah. Dengan mengamalkan rutin penjagaan mulut yang mudah dan konsisten, setiap individu boleh mengekalkan kesihatan gusi sepanjang hayat.

Iklan

scha alyahya

“Melalui kempen #GumHealthFirst, kami memperkasakan amalan kebersihan mulut yang betul, termasuk teknik memberus yang berkesan dan pemilihan produk penjagaan mulut yang sesuai demi menggalakkan kesihatan gusi yang optimum,” katanya.

Inovasi berus gigi Systema dengan teknologi SlimTech yang baharu turut diperkenalkan bersama ubat gigi Systema yang menawarkan perlindungan gusi empat kali ganda lebih baik.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee