Keith Foo akui perkahwinan sudah berakhir, kini bergelar duda

PELAKON Keith Foo mengesahkan sudah bercerai dengan model, Kim Raymond pada Disember tahun lalu, sekali gus menjawab tanda tanya ramai berkenaan status perkahwinannya.

Menurut Keith, 37, sebagaimana dipetik daripada laporan media, perpisahannya dengan bekas isteri berlaku dengan cara baik selepas masing-masing tidak lagi sehaluan sejak dua tahun lalu.

Iklan
Iklan

“Kami tidak lagi bersama sejak dua tahun lalu, bagaimanapun hanya bercerai secara rasmi pada akhir tahun lalu.

“Jodoh kami tidak panjang sebagai suami isteri, tetapi mungkin serasi serasi sebagai kawan. Malah, hubungan itu lebih positif selepas kami tiada ikatan,” katanya sebagaimana dilaporkan.

Tambah bintang yang mula dikenali menerusi drama Arianna Rose

itu lagi, anak tunggalnya, Skylar Raymond Foo, 3, kini di bawah jagaan bekas isteri.

“Apa pun terjadi, kami bersetuju untuk menjaga anak dengan baik,” katanya.

Keith dan Kim Raymond mendirikan rumah tangga pada November 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan.

 

(FOTO: Instagram Keith Foo)

Share
Wawann Mohd

Biodata Penulis

Published by
Wawann Mohd

Recent Posts

Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet

PASANGAN mempelai ini meledak di laman sosial Facebook. Siapa sangka dengan hanya satu hantaran oleh…

2 days ago

Bekas suami kahwin lain, Jaclyn Victor tumpang gembira. ‘saya doakan dia & isteri bahagia selamanya’

Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi rasa gembira mendengar perkhabaran berita bekas suaminya, Shawn Rivera bertemu jodoh…

2 days ago

Kembara gastronomi kulinari Jepun & benua Eropah, ini 4 lokasi santapan eksklusif tengah kota yang boleh dicuba

TAK perlu terbang jauh semata-mata mahu menikmati kulinari autentik Jepun dan benua Eropah kalau di…

3 days ago

Nur Izzara lengkapi rumah tangga Datin Alyah dan Tok Ram. ‘Murahnya rezeki, bakal tunai haji, dapat baby’

KEHADIRAN si kecil bernama Nur Izzara mengubah kehidupan penyanyi terkenal, Datin Alyah. Dalam satu hantaran…

3 days ago

Pelakon & penyair Pyanhabib Rahman meninggal dunia pada umur 66 tahun

PELAKON dan penyair Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman atau dilaporkan…

3 days ago

Sedekad menanti, wanita timang anak sulung pada usia suami 80 tahun. ‘Alhamdulillah 31 Mei puteri kami dilahirkan’

SEBAK dan menyentuh hati, video memaparkan seorang bapa mengiqamatkan bayi menjadi tular di laman sosial.…

3 days ago