Sempena hari jadi & anniversary, ucapan Izzue Islam buat isteri bikin ramai terharu. ‘U tetap jadi orang pertama… ‘

KASIH sayang dan pertalian cinta antara Izzue Islam dan isterinya, Awin Nurin sering dijadikan contoh kepada pasangan suami isteri lain.

Manakan tidaknya, sejak mendirikan rumah tangga bersama sehingga kini, pelbagai tohmahan dan pandangan serong oleh segelintir pihak terhadap mereka.

Pun demikian, pasangan sehati sejiwa itu tidak ambil kisah, apatah lagi mahu mengambil tindakan.

Biarpun belum direzekikan untuk menimang cahaya mata, namun mereka reda dan tetap bahagia bersama.

Untuk rekod, Izzue dan Awin  atau nama sebenarnya Nurinafilah Waharudin selamat diijabkabulkan pada 2 Jun 2013.

Iklan
Iklan

Terbaharu, hos terkenal itu memuat naik hantaran berupa video sambil memotong kek.

Diam tak diam, rupa-rupanya sudah 11 tahun usia perkahwinan mereka. Lebih istimewa lagi, tarikh tersebut juga merupakan hari lahir Izzue.

“Tak kisah berapa hari, bulan, atau tahun kita bersama, u tetap jadi orang yang pertama i nak tengok setiap hari ♥️

Demikian kata-kata tulus yang diungkapkan Izzue menerusi kapsyennya.

Perkongsian Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, nyata meraih perhatian warganet. Rata-rata menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan kebahagiaan buat pasangan tersebut.

‘Pasangan ni berjaya buktikan yg walaupun mereka diuji dengan tiada zuriat, tetap stay, setia dan menyayangi each other, love ❤️’

‘Lelaki kan kalau dia jatuh cinta, dan orang tu orang yang tepat, cinta dia tu takkan susut malah makin hari makin kuat. carilah lelaki yang cintakan diri kita besar dari kita cintakan dia.’

‘The caption 😭😭😭😭😭 semoga kekal hingga ke hari tua bersama 🥺.’

”Awat aku rasa sayu dan sedih sgt bila Izzue peluk Awin.. semoga berkekalan hingga ke Jannah, dan dikurniakan penyeri rumah secepat yg mungkin, Aamin..’

‘Ni lah namanya lelaki yang mahal. Sentiasa memuliakan isteri. Handsome n high-class.’

‘Semoga bahagia hingga syurga…seronok sgt tgk bila suami2 yg menghargai isterinya…

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di X

, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

 

 

Share
Zaiton Manaf

Recent Posts

Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet

PASANGAN mempelai ini meledak di laman sosial Facebook. Siapa sangka dengan hanya satu hantaran oleh…

4 mins ago

Bekas suami kahwin lain, Jaclyn Victor tumpang gembira. ‘saya doakan dia & isteri bahagia selamanya’

Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi rasa gembira mendengar perkhabaran berita bekas suaminya, Shawn Rivera bertemu jodoh…

58 mins ago

Kembara gastronomi kulinari Jepun & benua Eropah, ini 4 lokasi santapan eksklusif tengah kota yang boleh dicuba

TAK perlu terbang jauh semata-mata mahu menikmati kulinari autentik Jepun dan benua Eropah kalau di…

3 hours ago

Nur Izzara lengkapi rumah tangga Datin Alyah dan Tok Ram. ‘Murahnya rezeki, bakal tunai haji, dapat baby’

KEHADIRAN si kecil bernama Nur Izzara mengubah kehidupan penyanyi terkenal, Datin Alyah. Dalam satu hantaran…

4 hours ago

Pelakon & penyair Pyanhabib Rahman meninggal dunia pada umur 66 tahun

PELAKON dan penyair Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman atau dilaporkan…

6 hours ago

Sedekad menanti, wanita timang anak sulung pada usia suami 80 tahun. ‘Alhamdulillah 31 Mei puteri kami dilahirkan’

SEBAK dan menyentuh hati, video memaparkan seorang bapa mengiqamatkan bayi menjadi tular di laman sosial.…

20 hours ago