Suhu 45 darjah Celcius, Shah Rukh Khan dimasukkan ke hospital terkena strok haba

BINTANG Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan dilaporkan dimasukkan ke hospital di Ahmedabad selepas mengalami strok haba.

Difahamkan ia berlaku ketika pelakon keempat terkaya dunia terkaya dunia itu berada di Ahmedabad untuk menonton perlawanan Liga Perdana India (IPL) antara Kolkata Knight Riders (KKR) dan Sunrisers Hyderabad pada Selasa.

Baca juga: Burung jatuh dari langit, India alami gelombang haba 49 darjah Celcius, tertinggi dalam 122 tahun

Baca juga: Suhu badan tinggi, muntah, berpeluh, jantung berdebar, ibu ayah jangan abai tanda strok haba pada anak elak hilang nyawa!

“Pelakon itu mengalami dehidrasi di tengah-tengah suhu tinggi 45 darjah Celcius di Ahmedabad.

“Beliau berada di bawah pemerhatian perubatan walaupun kesihatannya stabil. Keselamatan telah diperketatkan di sekitar hospital,” lapor agensi berita IANS.

Iklan
Iklan

Rakan rapat dan selebriti Juhi Chawla dilaporkan melawat pelakon berusia 58 tahun di hospital.

Baca juga: Strok haba ibarat radiator kereta pecah, cepat bertindak waspada tanda awal sebelum ragut nyawa

Baca juga: Miliki harta lebih RM3 bilion, Shah Rukh Khan pelakon keempat terkaya dunia

Baca juga: Shah Rukh Khan sambut hari jadi ke-57, ribuan peminat banjiri pekarangan rumah

Kredit foto: Indian Premier League via India Today

Shah Rukh Khan yang merupakan pemilik bersama pasukan kriket KKR meraikan kejayaan pasukan itu pada malam Selasa dengan satu pusingan penghormatan di Stadium Narendra Modi di Ahmedabad.

Diiringi anak-anaknya, Suhana Khan dan Abram Khan, Shah Rukh menyapa penonton berikutan kemenangan mengagumkan KKR ke atas Sunrisers Hyderabad (SRH), yang melayakkan pasukan itu ke pusingan akhir IPL 2024.

 

Sama-sama kita doakan bintang kesayangan itu segera pulih!

GEJALA STROK HABA & CARA MENGELAKKANNYA

Kepanasan melampau mengakibatkan strok haba. Menurut pengasas dan Pengarah Perubatan Klinik Iris, Shah Alam, Selangor Dr Arisman Wenge Abdul Rahman, pertama ia menyebabkan adalah kejang haba iaitu yang paling ringan, kedua dikenali sebagai kelesuan haba dan yang teruk serta berbahaya adalah strok haba.

Waspada beraya! Cuaca panas melanda negara semakin meruncing dengan suhu tinggi yang ketara di beberapa lokasi

Gejala-gejala strok haba yang wajib dikenal pasti. Antaranya:

-Suhu badan mencecah 40 darjah Celcius atau lebih.
-Fungsi otak terjejas. Antaranya tidak dapat berfikir dengan normal, bercelaru atau hampir pengsan.
-Pengsan atau koma.
-Pertuturan terjejas dan sawan.
-Mental terganggu atau delirium.

Strok haba berlaku kerana badan sudah tidak mampu mengawal lagi suhu sehingga (suhu) tubuh meningkat dengan mendadak dan cepat. Malah, mekanisme peluh juga gagal.

Keadaan itu, ujar Dr Arisman, boleh berlaku dalam tempoh 10 hingga 15 minit sahaja.

Lebih menakutkan, strok haba boleh menyebabkan kecacatan seumur hidup atau mati apabila tidak mendapat rawatan dengan kadar segera.

Anda boleh melakukan perkara seperti berikut bagi mengelakkan strok haba:

a.Tingkatkan pengambilan air dan pastikan mereka terhidrat
b.Elakkan berada dalam kenderaan
c.Kurangkan aktiviti luar
d.Kekal di dalam rumah
e.Berad di tempat yang teduh
f.Pakai pakaian terang, ringan dan longgar

Sumber: NDTV, India Today

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Share
Azma ML

Recent Posts

Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet

PASANGAN mempelai ini meledak di laman sosial Facebook. Siapa sangka dengan hanya satu hantaran oleh…

3 hours ago

Bekas suami kahwin lain, Jaclyn Victor tumpang gembira. ‘saya doakan dia & isteri bahagia selamanya’

Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi rasa gembira mendengar perkhabaran berita bekas suaminya, Shawn Rivera bertemu jodoh…

4 hours ago

Kembara gastronomi kulinari Jepun & benua Eropah, ini 4 lokasi santapan eksklusif tengah kota yang boleh dicuba

TAK perlu terbang jauh semata-mata mahu menikmati kulinari autentik Jepun dan benua Eropah kalau di…

7 hours ago

Nur Izzara lengkapi rumah tangga Datin Alyah dan Tok Ram. ‘Murahnya rezeki, bakal tunai haji, dapat baby’

KEHADIRAN si kecil bernama Nur Izzara mengubah kehidupan penyanyi terkenal, Datin Alyah. Dalam satu hantaran…

8 hours ago

Pelakon & penyair Pyanhabib Rahman meninggal dunia pada umur 66 tahun

PELAKON dan penyair Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman atau dilaporkan…

9 hours ago

Sedekad menanti, wanita timang anak sulung pada usia suami 80 tahun. ‘Alhamdulillah 31 Mei puteri kami dilahirkan’

SEBAK dan menyentuh hati, video memaparkan seorang bapa mengiqamatkan bayi menjadi tular di laman sosial.…

23 hours ago