KESIBUKAN dengan aktiviti kerjaya tidak membataskan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk mengambil berat hal ehwal anak-anaknya.

Lebih-lebih lagi, ibu kepada sepasang cahaya mata itu sangat mementingkan tumbesaran cahaya matanya dengan menitikberatkan pengambilan nutrisi yang baik.

Lantaran itu, beliau mengutamakan pengambilan susu segar seawal usia tiga tahun kepada anak-anaknya.

Ujar beliau, kedua-dua anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa amat menyukai susu malah itu antara yang membantu proses tumbesaran mereka dengan baik.

“Bila tengok Afwa duduk dekat sebelah kawan-kawan sebaya, Mereka (ibu-ibu) tanya Afwa umur berapa tahun.

“Alhamdulillah, bagi saya penting untuk ibu-ibu menitikberatkan penjagaan pemakanan anak… Beri yang terbaik.

“Insya-ALLAH jika tiada masalah lain anak ini (alergi) akan membesar dengan baik,” katanya.

Siti berkata demikian ketika ditemui majlis Hi-Tea Mum2Mum anjuran Farm Fresh di Serdang baru-baru ini.

Siti Nurhaliza memberi ucapan ketika majlis Mum2Mum
Siti Nurhaliza (dua dari kiri) menjadi salah seorang juri dalam program Mum2Mum

Dalam majlis itu juga, antara rakan artis turut hadir pelakon, Dynas Mokhtar, Julia Ziegler serta pempengaruh media sosial, Sasha Abd Aziz.

Iklan
Siti Nurhaliza dan Azmi dalam salah satu aktiviti dalam majlis Mum2Mum

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh Berhad, Azmi Zainal yang lebih dikenali sebagai bos susu turut mengingatkan para ibu untuk sentiasa peka dalam pemilihan bahan dalam produk tenusu.

“Jadi peranan ibu ini penting, sepertimana Siti Nurhaliza bercakap lah… tak boleh nak kawal apa mak masak itu kita makan…, tetapi zaman sekarang anak-anak ada pilihan, ibu pula kena ada ilmu,” ujarnya.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!