KETERUJAAN pelakon Datin Atikah Suhaime jelas terpancar di wajahnya apabila sang suami, Datuk Lokman Teh menghadiahkan sebuah kereta mewah kepadanya baru-baru ini.

Meskipun menerima kereta terpakai, namun pemilik nama sebenar, Nur Atikah Mohd Suhaime, berusaha ‘mencantikkan’ bahagian luaran kenderaan tersebut agar kelihatan seperti baharu.

Baca ni Terpancar kebahagiaan, Atikah Suhaime teruja bergelar isteri. ‘The real bahagia bersama orang yang tepat’

atikah suhaime“Suami belikan sebuah kereta second hand, jadi saya bawa pergi ‘facial’. Iyalah, kalau kulit saya licin, permukaan kereta pun kena licin juga dan kecilkan pori-pori.

“Bawa pergi polishing and coating kalau nak kereta nampak seperti baru,” ujar bintang kelahiran Singapura itu lagi.

Namun, bukan itu sahaja yang mencuri tumpuan ramai. Sebaliknya pengakuan tuan punya badan yang dirinya tidak mempunyai lesen memandu sehingga kini.

atikah“Masalahnya satu sahaja, saya tidak ada lesen kereta,” ujarnya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengucapkan tahniah dan tumpang gembira dengan hadiah yang diperoleh Atikah.

Baca juga Atikah Suhaime selamat bergelar isteri ahli perniagaan, terima mas kahwin RM300

‘Kereta second hand ini pun saya tetap tak mampu datin.’

‘Atikah ni comel dan tak berlagak. Sangat hargai apa sahaja yang diberikan suami.’

‘Sukanya tengok u😘 Congrates dear!.’

Iklan

‘so now datin kena ambik lesen pulak😂.’

‘suka tengok tikah ni sopan baik je dia.’

‘Lawo benor kete nyeee… tapi still x ley kalahkan atikah yg lawa.’

Untuk rekod, pelakon Tan-Ti-Anaitu pernah mengatakan yang dirinya tidak kisah dikongkong oleh suami tersayang. Cuma, beliau inginkan layanan istimewa dan dimanjakan oleh suaminya itu.

Iklan

Sekadar makluman, Atikah dan Lokman selamat suami isteri dalam satu acara tertutup pada 21 Januari lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!