Timang anak perempuan, Lee Seung-gi, Lee Da-in teruja kehadiran orang baharu

 

SETAHUN melayari bahtera rumah tangga, pasangan selebriti popular Korea Selatan, Lee Seung-gi dan Lee Da-in selamat menimang cahaya mata sulung mereka.

Perkara itu dimaklumkan agensi Human Made termasuk jantina bayi pasangan berkenaan.

“Kami menerima perkhabaran gembira, pasangan itu menyambut kelahiran bayi perempuan baru-baru ini.

Iklan
Iklan

“Kedua-dua ibu dan bayinya sihat. Seung-gi sangat bersyukur dan teruja dengan kehadiran orang baharu,” katanya.

Pada masa sama, pelakon drama Vagabond itu turut berterima kasih kepada peminat kerana menghormati dan memberi sokongan sepanjang karier serta perkahwinan mereka.

“Beliau kini lebih berhati-hati dengan jadual kerjayanya berikutan ingin menumpukan perhatian kepada keluarga kecil.

“Malah, Seung-gi bersyukur kepada pengurusan syarikat filem dan drama kerana memahami. Terima kasih juga kepada peminat yang sentiasa menunjukan sokongan tanpa henti,” ujarnya.

Untuk rekod, Seung-gi, 37, dan Da-in, 31, mendedahkan hubungan mereka pada Mei 2021.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 7 April 2023, dan Da-in mengumumkan kehamilannya pada November.

Meskipun menghadapi tuduhan tidak berasas dan menimbulkan kontroversi selepas berkahwin, Seung-gi tetap tenang dan bahagia bersama isterinya.

Sumber : The Star & Soomoi

Share
Nilam Nur Atikah Oshman

Published by
Nilam Nur Atikah Oshman

Recent Posts

Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet

PASANGAN mempelai ini meledak di laman sosial Facebook. Siapa sangka dengan hanya satu hantaran oleh…

1 day ago

Bekas suami kahwin lain, Jaclyn Victor tumpang gembira. ‘saya doakan dia & isteri bahagia selamanya’

Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi rasa gembira mendengar perkhabaran berita bekas suaminya, Shawn Rivera bertemu jodoh…

1 day ago

Kembara gastronomi kulinari Jepun & benua Eropah, ini 4 lokasi santapan eksklusif tengah kota yang boleh dicuba

TAK perlu terbang jauh semata-mata mahu menikmati kulinari autentik Jepun dan benua Eropah kalau di…

2 days ago

Nur Izzara lengkapi rumah tangga Datin Alyah dan Tok Ram. ‘Murahnya rezeki, bakal tunai haji, dapat baby’

KEHADIRAN si kecil bernama Nur Izzara mengubah kehidupan penyanyi terkenal, Datin Alyah. Dalam satu hantaran…

2 days ago

Pelakon & penyair Pyanhabib Rahman meninggal dunia pada umur 66 tahun

PELAKON dan penyair Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman atau dilaporkan…

2 days ago

Sedekad menanti, wanita timang anak sulung pada usia suami 80 tahun. ‘Alhamdulillah 31 Mei puteri kami dilahirkan’

SEBAK dan menyentuh hati, video memaparkan seorang bapa mengiqamatkan bayi menjadi tular di laman sosial.…

2 days ago