BARU-baru ini tular video yang memaparkan lelaki dipercayai pengacara terkenal, Zainal Ariffin Ismail dilihat berada di atas pelamin bersama seorang wanita.

Persis sedang bersanding, hos rancangan popular, Misteri Nusantara dan Jejak Rasul itu dilihat memakai sepasang tuksedo hitam manakala pengantin perempuan pula menggayakan gaun putih.

Berlatarbelakangkan pelamin, pasangan mempelai kelihatan mesra bergambar dengan para tetamu.

Baca juga: ‘Done kahwin lagi sekali.’Kongsi gambar busana pengantin, Farah Lee kembali bergelar isteri

Baca juga: ‘All the best daddy’Lebih 20 tahun mengacara Ally Iskandar kembali jadi cikgu, titipan Farah Lee jadi tumpuan

Pengguna TikTok Mohamad Isa 593 yang memuat video berdurasi 10 saat itu turut menitipkan doa dan ucapan tahniah.

“Tahniah buat sahabat Tuan Haji Zainal Ariffin dan isteri. Moga ALLAH memberkati Tuan Haji dan isteri, insya-ALLAH,” kongsinya.

Baca juga: ‘Dia my bestie, tak jemu beri semangat…’ Sambut anniversary ke-19, Aidid Marcello kongsi pengorbanan Norzie Pak Wan Chek

Baca juga: Berdiri di atas kaki sendiri, Mas Zharif Aziz Desa tak tumpang populariti arwah bapa. Anugerah bukti kemampuan diri

Warga maya tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat pengantin baharu dan mendoakan kesejahteraan.

Tidak kurang pula yang tertanya-tanya kepastian empunya diri selebriti yang dipaparkan. Ujar mereka;

“Tahniah, moga berbahagia ke anak cucu,” kongsi Rosli.

Iklan

“Wah ini pemberita kita dahulu,masih kacak lagi dia,” titip Mohd Yusman.

“Selamat pengantin baharu,” Dapor Azzalea.

Imbas kembali, Zainal antara pembaca berita dan pengacara popular TV3 sejak awal 1990-an.

Antara rancangan yang pernah dikendalikan adalah Misteri Nusantara, Jejak Rasul dan Da’i Pendakwah Milenia.

Iklan

Beliau turut mengacarakan siri dokumentari terkenal Jejak Rasul dari tahun 1996 hingga 2007 dan 2014.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!