PELAKON Zara Zya bakal menjalani pembedahan untuk membuang cyst pada buah pinggang kiri, fibroid dan Facet Joint Injection pada tulang belakang.

Sayu berkongsi ucapannya, pemilik nama Zainurul Razia Mohd Zainuddin itu mendedahkan menghadapi pelbagai masalah kesihatan termasuk pada tulang belakang, buah pinggang dan fibroid.

Baca juga: Pertambahan usia jadi faktor masalah tulang rawan & sendi rosak. Ambil peduli petanda-petandanya

“Sudah lama saya berkampung di hospital ini. Hampir dua minggu. Pada awalnya hanya ingin buat check up sahaja untuk sakit arthritis.

“Tetapi tersangkut pula dengan masalah Cervical Facet dan Lumbar Facet Syndrome.

“Bukan itu sahaja, saya juga menghidapi cyst (Bosniak IV) pada buah pinggang kiri dan saya juga ada fibroid. Terima kasih pada semua yang mendoakan saya,” kongsinya.

Baca juga: ‘Ini hadiah 10 tahun persahabatan kami.’ Berduet bersama Zara Zya, Alha Alfa sekadar suka-suka, tak berniat jadi artis

Baca juga: Zara Zya buat trend marhaban di TikTok curi perhatian ramai, sportingnya ibu & anak

Dalam masa sama, aktres 38 tahun itu turut menitipkan kemaafan kepada pengikut di laman sosial dan warganet sebelum dijadualkan menjalani pembedahan pada hari ini.

“Saya akan menjalani pembedahan untuk membuang cyst, fibroid dan facet joint injection.

“Dengan dengan rendah diri, saya memohon ampun dan maaf kepada semua yang dikasihi sama ada dikenal mahupun tidak. Jika saya pernah menyakiti anda, maafkanlah saya. Jangan lupa untuk maafkan saya, ya.

Baca juga: Reproduktif wanita: Awasi pendarahan abnormal. Kenali dan fahami petanda awal sebelum terlambat

Tidak hanya itu, pelakon I Love You Mr Arrogant berkenaan menyatakan pasrah dengan ketentuan takdir.

“Ujian ini daripada ALLAH SWT dan saya reda dengan semuanya,” katanya.

Pada 27 Mei lalu, Zara dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas dikesan menghidap sindrom serviks facet dan sindrom lumbar facet.

Iklan

Baca juga: Zara Zya mahu kaum Hawa kental dan & kena maha Pelakon jelita ini juga sedia bertukar status

Baca juga: Hargai sumbangan ‘rider’, Zara Zya mahu sediakan pek makanan percuma

Baca juga: Lebih ramai lelaki berbanding wanita berhadapan radang tulang belakang

Cervical Facet Syndrome atau sindrom sendi faset leher adalah salah satu punca paling biasa bagi kesakitan leher.

Iklan

Sendi faset adalah sendi kecil pada bahagian belakang (aspek posterior) tulang belakang dan mudah terdedah kepada kecederaan, keradangan dan degenerasi.

Sementara itu, Lumbar Facet Syndrome pula merujuk kepada keadaan klinikal yang terdiri daripada pelbagai gejala termasuk kesakitan belakang unilateral atau bilateral yang memberi kesan sakit ke salah satu atau kedua-dua punggung, sisi pangkal paha hingga bahagian atas lutut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!