2 beradik usaha kebun anggur guna teknik tanpa tanah. Ini cerita usahawan dari Kelantan

TAK perlu suhu yang sejuk dan tanah yang luas untuk tanaman anggur, kawasan sekangkang kera pun boleh menjadi.

Itu yang dibuktikan oleh Nur Taufiq Yusuf, 33, bersama abangnya, Muhd Nazlan, 51, yang mengaplikasikan inovasi teknik tanaman tanpa tanah untuk penanaman anggur.

Lebih mudah untuk difahami adalah menggunakan teknik keratan batang.

Menurut Nur Taufiq, beliau teruja apabila kebunnya yang dikenali sebagai Po-Land Grape Machang yang terletak di Kelantan kini menjadi singgahan orang ramai yang kagum dengan usahanya menanam buah berkenaan di kawasan panas.

“Ramai yang cakap dengan saya, anggur memerlukan kawasan yang luas dan hanya tumbuh di negara empat musim saja.

“Sebenarnya, cuaca panas diperlukan untuk proses pembungaan. Kita bertuah kerana Malaysia beriklim panas dan lembap sepanjang tahun.

Iklan
Iklan

“Jadi, kita boleh buat tanaman sama ada untuk tempoh masa tiga bulan, 75 hari atau 150 hari bergantung kepada baka biji benih,” katanya ketika ditemui di Kampung Batu 31, Machang sempena program Xpresi Media Cuti-Cuti Malaysia-Kelantan baru-baru ini.

 

Pada perjumpaan singkat itu, Nur Taufiq yang juga seorang jurufoto turut berkongsi tentang 55 benih anggur yang ditanam di kebunnya.

Kesemuanya diimport khas dari Ukraine, Jepun dan Amerika Syarikat.

Antara yang paling senang berbuah ialah Jupiter, Dixon, Red Flame, Faith, Black Ozark, Alfonso Lavalle, Vales dan Banana.

“Baka Jupiter antara paling mudah nak tanam meskipun seseorang tiada asas tanaman. Rasa buah berwarna ungu itu juga nanti mirip gabungan buah laici dan markisa,” katanya.

ENAM BULAN

Mengulas lanjut, kata usahawan muda itu, teknik keratan batang yang diimplemenkannya memerlukan enam bulan untuk tempoh matang.

Terlebih dulu, batang baka pokok terpilih perlu disemai selama dua bulan bagi memastikan akar betul-betul kuat.

Baca juga Buah anggur bukan hanya sedap dimakan tapi berkhasiat

“Untuk tapak baharu, polibeg berisi serkam padi mentah, top soil yang dibakar sebagai asas. Kaedah ini tak perlukan banyak air sebab tanaman ini alah dengan air.

“Kalau musim betul-betul panas, hanya siram sedikit saja. Paling penting jaga batang supaya boleh menjalar pada para yang kita buat,” ujarnya sambil menambah jika sukatan baja cukup, ia hanya perlukan enam bulan saja untuk anggur berbuah.

Kata Nur Taufiq lagi, batang pokok yang berubah warna daripada hijau ke coklat menunjukkan proses tanaman yang berjaya.

“Jika batang sudah matang dan memiliki 30 hingga 50 tangkai, anggur boleh dituai tiga kali dalam setahun.

“Pun demikian, kena berwaspada dengan musim hujan. Kalau boleh, pasang rumah hujan untuk elak buah berkarat dan ancaman kulat,” katanya yang pernah peroleh hasil tuaian singga 400 kilogram.

Baca juga Elak masalah penghadaman, ini 3 buah-buahan paling terbaik untuk berbuka puasa

SinarPlus bangga dapat berjumpa dengan anak muda yang kreatif sebegitu.

Pepatah nak seribu daya, tak mahu seribu dalih memang sesuai menggambarkan inisiatif dua beradik itu.

Pesan Nur Taufiq, orang ramai yang berminat untuk mempelajari teknik yang digunakan beliau, bolehlah datang ke Po-Land Grape Machang untuk melihat sendiri proses tersebut atau membeli baka anggur yang digemari.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Recent Posts

Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet

PASANGAN mempelai ini meledak di laman sosial Facebook. Siapa sangka dengan hanya satu hantaran oleh…

2 days ago

Bekas suami kahwin lain, Jaclyn Victor tumpang gembira. ‘saya doakan dia & isteri bahagia selamanya’

Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi rasa gembira mendengar perkhabaran berita bekas suaminya, Shawn Rivera bertemu jodoh…

2 days ago

Kembara gastronomi kulinari Jepun & benua Eropah, ini 4 lokasi santapan eksklusif tengah kota yang boleh dicuba

TAK perlu terbang jauh semata-mata mahu menikmati kulinari autentik Jepun dan benua Eropah kalau di…

2 days ago

Nur Izzara lengkapi rumah tangga Datin Alyah dan Tok Ram. ‘Murahnya rezeki, bakal tunai haji, dapat baby’

KEHADIRAN si kecil bernama Nur Izzara mengubah kehidupan penyanyi terkenal, Datin Alyah. Dalam satu hantaran…

2 days ago

Pelakon & penyair Pyanhabib Rahman meninggal dunia pada umur 66 tahun

PELAKON dan penyair Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman atau dilaporkan…

2 days ago

Sedekad menanti, wanita timang anak sulung pada usia suami 80 tahun. ‘Alhamdulillah 31 Mei puteri kami dilahirkan’

SEBAK dan menyentuh hati, video memaparkan seorang bapa mengiqamatkan bayi menjadi tular di laman sosial.…

3 days ago