Lagi kes tinggal budak dalam kereta, alasan risau pengurusan mall tak benarkan sebab Covid-19

PADA musim Covid-19 ini sememangnya anak-anak kecil tidak digalakkan untuk dibawa ke tempat-tempat awam dan terdedah kepada umum hingga boleh berpotensi mendapat jangkitan wabak itu.

Ramai ibu bapa yang prihatin dengan perkara ini dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Begitupun, disebabkan kekangan menjaga si kecil, ada ibu bapa dan penjaga terpaksa juga membawa anak mereka keluar rumah ketika mahu membeli keperluan.

Bagaimanapun, apa yang terjadi dalam kes kali ini dikira sangat tidak patut dan mengundang banyak kecaman warganet.

Iklan
Iklan

Bukan mereka marah disebabkan anak kecil dibawa bersama di tempat awam. Akan tetapi, apa yang dikesalkan oleh mereka apabila anak itu ditinggalkan di dalam kenderaan ketika penjaganya pergi membeli-belah.

Apa agaknya dalam fikiran ibu itu? Takkan tak tahu mana satu perlu diberikan keutamaan selepas telah banyak berlaku kejadian anak kecil ‘tercabut nyawa’ akibat ditinggalkan dalam kereta!

Mujurlah dalam kes kali ini, anak kecil itu tidak apa-apa.

Anak kecil tersebut yang ditinggalkan berseorangan dalam kereta.

Itu yang berlaku di sebuah pusat membeli belah di Egate, Pulau Pinang yang tular sejak semalam, seperti yang dikongsikan sebuah page ini:

TESCO EGATE PENANG

Seorang pekerja Tesco, telah menemui seorang bayi ditinggalkan di dalam kenderaan, tanpa ditemani oleh sesiapa. Ketika kejadian pekerja Tesco mintak pertolongan dari orang lain, nasib baik tingkap belakang kereta terbuka sedikit dan pekerja tesco boleh buka pintu kereta dan selamatkan bayi tersebut.

Kepada mak ayah di luar sana, apa pun alasan, nak cepat ke, urgent ke, jangan la tinggalkan anak-anak anda di dalam kenderaan berseorangan. Banyak sangat kes budak budak lemas di dalam kenderaan disebabkan kecuaian ibu ayah. Sayangi la anak anak anak anda!


Mencegah itu lebih baik dari mengubati, sayangi la anak-anak.

Info dari saksi kejadian:
Ibu bayi tersebut muncul kira-kira 15 minit selepas diselamatkan. Ibu bayi itu menyatakan dia takut pihak Tesco tidak membenarkan dia membawa bayinya masuk (faktor Covid-19) kerana masih kecil. Kerana itu dia meninggalkan sekejap di dalam kereta. Duty Manager Tesco menjelaskan, pihak Tesco tidak pernah menghalang untuk kanak-kanak atau warga tua dari memasuki mall, semalam.

Begitu kongsi page Info Roadblock JPJ/POLIS.

Antara komen warganet yang kesal dengan kejadian itu.

 

Moga kita semua sebagai ibu bapa dan penjaga mendapat kesedaran dan bertanggungjawab kepada anak kecil agar kejadian sebegini tidak berulang.

-AG

Share
Azimah

 

Published by
Azimah

Recent Posts

Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet

PASANGAN mempelai ini meledak di laman sosial Facebook. Siapa sangka dengan hanya satu hantaran oleh…

2 days ago

Bekas suami kahwin lain, Jaclyn Victor tumpang gembira. ‘saya doakan dia & isteri bahagia selamanya’

Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi rasa gembira mendengar perkhabaran berita bekas suaminya, Shawn Rivera bertemu jodoh…

2 days ago

Kembara gastronomi kulinari Jepun & benua Eropah, ini 4 lokasi santapan eksklusif tengah kota yang boleh dicuba

TAK perlu terbang jauh semata-mata mahu menikmati kulinari autentik Jepun dan benua Eropah kalau di…

2 days ago

Nur Izzara lengkapi rumah tangga Datin Alyah dan Tok Ram. ‘Murahnya rezeki, bakal tunai haji, dapat baby’

KEHADIRAN si kecil bernama Nur Izzara mengubah kehidupan penyanyi terkenal, Datin Alyah. Dalam satu hantaran…

3 days ago

Pelakon & penyair Pyanhabib Rahman meninggal dunia pada umur 66 tahun

PELAKON dan penyair Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman atau dilaporkan…

3 days ago

Sedekad menanti, wanita timang anak sulung pada usia suami 80 tahun. ‘Alhamdulillah 31 Mei puteri kami dilahirkan’

SEBAK dan menyentuh hati, video memaparkan seorang bapa mengiqamatkan bayi menjadi tular di laman sosial.…

3 days ago