Sekali seumur hidup, mesti anda pernah cuba melipat kelopak mata, kan? Kononnya nak menakutkan budak-budak lah!

Kadangkala bukan niat begitu pun, sengaja suka-suka melakukan perbuatan tersebut. Gatal tangan agaknya.

Tapi tahu tak, sebenarnya perbuatan melipat kelopak mata itu boleh memudaratkan kesihatan mata anda?

Itulah yang dikongsikan di laman facebook Public Health Malaysia (PHM) dalam satu hantaran menjelaskan bahawa perbuatan itu bukan sahaja memudaratkan, malah ia boleh meningkatkan risiko jangkitan dan memberi kesan terhadap kesihatan mata.

Baca juga : Rita Rudaini bawa anak-anak jumpa Tun Mahathir, terima nasihat berharga. ‘Orang & aura hebat, kenangan tidak lupa sampai bila-bila’

Baca juga : Tahniah! Usop timang anak kedua. ‘Assalamualaikum queen daddy, mommy & Abang Umar’

“Selain jangkitan dan kesan calar pada kornea, otot kelopak mata boleh menjadi rosak.

“Otot-otot pada kelopak mata halus dan nipis tetapi sangat penting dan sensitif.

“Jika anda pernah lihat ada orang dengan kelopak mata yang terjatuh (ptosis), ia adalah salah satu komplikasi yang boleh dielakkan.” tulisnya.

Iklan

Melihat respon orang ramai di ruangan komen, rata-rata mengakui pernah melakukan perbuatan tersebut untuk menakutkan anak-anak kecil.

Malah, terbalik pula bagi pengguna laman Facebook bernama Nurul Mohd yang mengatakan bukan dia, tetapi anak-anak pula yang melipat kelopak mata mengusik konon-konon jadi hantu. Tambahan pula, dirinya tidak mahir melakukan perbuatan tersebut.

Jadi, yang mana masih lagi melakukan perbuatan melipat kelopak mata sehingga kini tu, boleh dah cari trick baru nak takutkan budak-budak ya. Takut pula niat gurau boleh mengundang penyakit pada diri sendiri!

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!