TAHNIAH diucapkan buat anak perempuan Perdana Menteri, Nurul Hana Anwar yang berjaya menggenggam skrol selepas tamat pengajian di New York University (NYU) baru-baru ini.

Dalam situasi pergolakan di Palestin, Nurul Hana tidak melepaskan peluang mempamerkan solidariti kepada negara Islam itu yang dengan membawa kain bertulis ‘Free Palestin’ ketika menaiki pentas.

Malah si bongsu itu turut menggayakan selendang kefiyyeh yang menjadi simbol budaya Palestin.

Perkara itu dikongsikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laman sosial X.

Baca juga: Manis bertudung bawal, perkahwinan sederhana, ringkas Nurul Izzah jadi perhatian warga maya

Baca juga: ‘Burger Eerah memang A!’ Kagum dengan kegigihan, Nurul Izzah singgah & masak bersama bikin peniaga burger OKU terharu

“Sekalung tahniah buat anak bongsu saya, Nurul Hana yang bergraduasi dari NYU. Hana juga menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin,” ciapnya.

Warga maya mengucapkan tahniah kepada Nurul Hana atas pencapaiannya menamatkan pengajian di menara gading.

Tidak kurang juga yang kagum dengan keberanian beliau dalam menyatakan solidariti ketika berada di pentas konvokesyen.

 

“Bangga dengannya, anda membesarkan seorang warganegara yang bertanggungjawab dalam dirinya Tuan PM Anwar.”

“Alhamdulillah. Tahniah!”

“Luar biasa!.”

“Tahniah DSAI. Sebagai seorang ayah memang akan rasa bangga dengan pencapaian anak tak kira apa pun. Sebab itulah usaha mereka. Yang penting mereka mahu belajar.”

Iklan

“Malaysia bersama Palestin.”

“Congratulations to you and @drwanazizah. Proud parent for sure.”

Baca juga: Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10 suami dan bapa yang penyayang, 10 info menarik mengenainya

Baca juga: ‘Alhamdulillah.’ Lambang kesetiaan seorang isteri, hantaran Instagram Dr Wan Azizah undang sebak warga maya

Iklan

Selain Nurul Hana, pasangan turut dikurniakan lima cahaya mata lain iaitu Nurul Izzah, Nurul Nuha, Nurul Iman, Nurul Ilham dan Muhammad Ihsan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!