[VIDEO] Cemas dikejar sekumpulan anjing, namun respons geng penghantar makanan ini sangat mencuit hati

ALANGKAH indahnya dapat bekerja atau mencari rezeki dengan senang hati. Apa pun cabaran dihadapi di hadapan mata pasti dapat ditempuhi dengan bersahaja tanpa terlalu memikirkan tentang perkara merentankan jiwa itu.

Siapa yang tidak tahu tentang tugas sebagai seorang penghantar makanan, kadang terpaksa menempuh panas dan hujan. Itu belum 1,001 cabaran lain yang perlu dihadapi.

Ada yang terpaksa ‘mendaki’ rumah bertingkat, ada yang perlu menahan maki hamun pelanggan dan pelbagai rintangan lain. Jika jiwa tak kental, sudah tentulah takkan sanggup menghadapi pekerjaan ini.

Satu lagi cabaran terpaksa ditempuhi sebagai penghantar makanan ialah apabila berdepan haiwan garang, anjing yang menghuni sama ada di kediaman atau sekitar rumah pelanggan.

Iklan
Iklan

Silap hari bulan, dalam nak menghantar pesanan pelanggan itu, dikejar pula oleh si anjing. Kalau sempat lari lagi, tidak mengapa. Kalau sebaliknya ada pula nanti yang terpaksa masuk hospital.

Itulah jua antara cabaran dihadapi oleh sekumpulan anak muda yang bekerja sebagai penghantar makanan ini, sehingga rakaman video yang dikongsikan salah seorang daripadanya tular.

Apakan tidak, rakaman dengan lebih 4k share dan lebih 1k komen itu menunjukkan kumpulan penghantar makanan ini dikejar oleh ‘segerombolan’ anjing.

Cerita salah seorang mangsa, Ajib Nazri, 24, ketika itu beliau sepatutnya menghantar makanan kepada pelanggan di satu lorong perumahan di Taman Cahaya, Tanjung Malim, Perak.

 

Kali pertama pergi ke rumah itu beliau sudah berdepan anjing, sehingga terpaksa beredar. Beliau kemudiannya mendapatkan bantuan beberapa rakannya yang lain sebagai peneman bagi mengelakkan serangan haiwan itu.

Pun begitu, apa yang lucu dan mencuit hati warganet apabila biarpun Ajib kembali semula di rumah itu untuk menyelesaikan tugasnya, beliau dan rakan-rakan tetap dikejar haiwan itu.

“Yang lucunya, mula-mula sekor. Lepas tu ‘dia’ bawak pula kawan-kawan untuk hambat kami. Tu yang kelakar sebab masa tu memang kami agak cemas dan takut tapi sempat lari.

“Akhirnya selepas saya hubungi pelanggan tu untuk bagi tahu masalah ni, dia pun tunggu depan rumah, Barulah makanan dapat dihantar,” ceritanya kepada SinarPlus

susulan kejadian berlaku baru-baru ini berkenaan.

Baharu tiga minggu bekerja sebagai penghantar makanan, menurut Ajib itu antara cabaran besar terpaksa dihadapi dalam melakukan pekerjaannya.

“Nak salahkan anjing liar yang banyak tu pun susah juga, sebab bukan orang yang bela. Cuma adalah yang prihatin untuk beri makan. Mereka juga makhluk tuhan,” katanya.

Baguskan anak muda seperti Ajib dan rakan-rakannya? Sebagai penghantar makanan, tapi kerja dilakukan dengan tetap berlapang dada.

Dalam pada itu, ramai yang memuji sikap anak muda ini. Tetap sabar dan masih mampu ketawa walaupun berdepan cabaran seumpamanya. Yalah… hidup perlu ceria kan? Barulah bermakna!

Paling paling ‘win’ kawan Ajib yang merakam momen mereka itu. Bukan sahaja mereka happy, mendengar ketawa keceriaannya saja kita pun boleh nak tergelak dibuatnya!

Nak marah kat si anjing pun jadi…! -AG

Kejadian mencuit hati netizen dan mengundang banyak respons.
Share
Azimah

 

Published by
Azimah

Recent Posts

Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet

PASANGAN mempelai ini meledak di laman sosial Facebook. Siapa sangka dengan hanya satu hantaran oleh…

3 days ago

Bekas suami kahwin lain, Jaclyn Victor tumpang gembira. ‘saya doakan dia & isteri bahagia selamanya’

Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi rasa gembira mendengar perkhabaran berita bekas suaminya, Shawn Rivera bertemu jodoh…

3 days ago

Kembara gastronomi kulinari Jepun & benua Eropah, ini 4 lokasi santapan eksklusif tengah kota yang boleh dicuba

TAK perlu terbang jauh semata-mata mahu menikmati kulinari autentik Jepun dan benua Eropah kalau di…

3 days ago

Nur Izzara lengkapi rumah tangga Datin Alyah dan Tok Ram. ‘Murahnya rezeki, bakal tunai haji, dapat baby’

KEHADIRAN si kecil bernama Nur Izzara mengubah kehidupan penyanyi terkenal, Datin Alyah. Dalam satu hantaran…

3 days ago

Pelakon & penyair Pyanhabib Rahman meninggal dunia pada umur 66 tahun

PELAKON dan penyair Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman atau dilaporkan…

3 days ago

Sedekad menanti, wanita timang anak sulung pada usia suami 80 tahun. ‘Alhamdulillah 31 Mei puteri kami dilahirkan’

SEBAK dan menyentuh hati, video memaparkan seorang bapa mengiqamatkan bayi menjadi tular di laman sosial.…

3 days ago