BERTUAHNYA! Demikian perkataan yang bermain di fikiran apabila mengikuti kisah anak muda ini apabila beliau bakal bergelar haji muda.

Sudahlah dijemput ALLAH mengerjakan haji, Muhammad Ammar Che Noor Azam, pelajar Sekolah Menengah Puchong Utama Satu yang sedang berada di Tanah Suci antara 31,600 jemaah haji Malaysia musim 1445H/2024 mendapat perkhabaran gembira selepas solat Subuh di Masjidil Haram.

Bersama adiknya Muhammad Ameer, 17, Muhammad Ammar, 18, turut mmaklumkan kepada bapanya Che Noor Azam Osman, 63, dan ibunya Kamsiah Mohd Kontol ,51, di hotel penginapan mereka di Abraj Al-Janadriyah di sini yang bersama-sama menunaikan haji.

Selain adiknya Muhammad Ameer, 17, anak muda berumur 18 tahun itu turut memaklumkan turut bapanya Che Noor Azam Osman, 63, dan ibu, Kamsiah Mohd Kontol, 51,  ketika itu berada di hotel penginapan mereka di Abraj Al-Janadriyah.

“Masa pertama kali tengok keputusan, memang rasa gembira sebab sebelum ini saya tidak pernah mendapat semua A dalam mata pelajaran yang saya ambil.

“Saya rasa ia satu kejayaan besar. Alhamdulillah, ALLAH SWT makbulkan doa setiap kali solat dan ketika di Raudah baru-baru ini,” katanya.

Baca juga: ‘Tahajud, solat hajat & berdoa.’ 4 pesalah juvana Sekolah Integriti, Henry Gurney cipta sejarah, cemerlang SPM 8A di sebalik tirai besi

Baca juga: Sempat tayang result straight 9A tahun 2005, Dr Say Shazril nasihat SPM permulaan untuk…

Ditanya mengenai rahsia kecemerlangan, Muhammad Ammar berkongsi beberapa resipi kejayaan.

Antaranya menjaga solat, memelihara hubungan baik dengan ibu bapa.

Selain menjaga hubungan dengan ALLAH, adab dengan ibu bapa, guru dan rakan juga tidak kurang pentingnya jika mahu mendapatkan reda serta doa mereka.

“Mungkin kita tidak sedar telah menyakiti hati mereka, sehinggakan ALLAH SWT menarik semula nikmat kepada kita.

“Sebab itu, kita perlu jaga hubungan dengan semua, lebih-lebih lagi dengan ALLAH,” katanya.

Baca juga: Sebaknya! Pelajar 8A SPM ke pusara bapa kongsi berita kejayaan. ‘Straight A ini untuk abah’

Baca juga: Siap surat beranak terus menabung, umur 10 tahun dapat panggilan, ibu kongsi cerita 3 anak tunai haji usia muda

Iklan

Pada masa sama, anak sulung daripada tiga beradik itu turut mengamalkan solat tahajud dan jadual pembelajaran yang lebih fleksibel, untuk mengelakkan tekanan serta keletihan semasa belajar dan selebihnya berdoa serta bertawakal selepas berusaha.

Muhammad Ammar yang bercita-cita menjadi seorang doktor berkata pernah tidak serius semasa Tingkatan Empat hingga pelajarannya merosot menyebabkan dia tersentak dan berazam untuk berubah.

“Saya berazam untuk mengubah perkara itu dan mendekati rakan yang merupakan seorang pelajar pintar. Beliau tidak lokek mengajar dan memberikan dorongan sehingga saya berada satu langkah dibelakangnya.

Iklan

Bakal bergelar haji pada usia muda, Muhammad Ammar yang juga bekas ketua pengawas sekolah berkenaan mendapat lima A+ dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Fizik; tiga A (Biologi, Kimia, Matematik Tambahan) dan A- dalam pelajaran Bahasa Melayu.

Tahniah diucapkan buat Muhammad Ammar! Moga kejayaannya menjadi inspirasi buat anak muda yang lain.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!