MELALUI saat sukar enam bulan terperangkap dalam genosid di bumi Gaza, isteri aktivis dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman iaitu Reem Almenawi bakal menyambung pengajian yang tertangguh.

Reem, 43, yang merupakan pelajar ijazah Doktor Falsafah bidang syariah itu kembali ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk menyambung pengajian PhD di Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU).

“Isteri saya mendaftar pada tahun 2022 dan ketika itu Covid-19 masih bersisa. Alhamdulillah, beliau dibenarkan menyambung pengajian secara atas talian dan prosesnya sangat mudah. Isteri saya dibantu sehingga mendapat penyelia yang boleh berbahasa Arab iaitu Profesor Dr Yasmin Hanani.

Baca juga: ‘;Saat pintu dibuka, anak menerpa.’183 hari terpisah, Nadir Al-Nuri kongsi detik pertemuan dengan keluarga selepas ‘misi gila’

Baca juga: ‘Selepas usaha panjang, kami disatukan.’ Nadir Al-Nuri akhirnya dapat beraya dengan anak-anak

“Syukur kepada ALLAH sehingga kini beliau masih meneruskan pengajian,” kongsi Nadir.

Biarpun menghadapi ancaman keselamatan dek serangan tentera penjajah di bumi P4lestin sejak Oktober 2023, wanita tabah itu cekal mengulangkaji pelajaran.

Malah semangat dan cita-cita untuk kembali meneruskan pengajian sentiasa menyala dalam diri wanita itu.

Baca juga: ‘Seolah beliau sedang mengejar, memberatkan timbangan amal kebaikannya…’ – Nadir Al Nuri

Baca juga: Kesungguhan memperjuangkan isu Palestin, Nadir Al-Nuri diiktiraf Nona Superhero Award 2023

“Isteri saya berjaya keluar dari bumi Gaza baru-baru ini. Sebelum itu, beliau masih lagi mengulang kaji pelajaran dan menelaah buku-buku yang dikumpul untuk pengajian kedoktoran falsafah yang telah dimulakan.

Baca juga: ‘Hari ini sepatutnya bermakna….’ Pasangan graduan USIM asal P4lestin gugur syahid, duta wakil terima skrol PhD, sarjana

 

“Walaupun kami jarang dapat berhubung iaitu hanya sesekali ketika ada elektrik dan Internet, selain bertanyakan keadaan keluarga ialah bila beliau boleh menyambung pengajian di bumi USIM.

“Adakah Dr Yasmin telah berhubung dengan saya bertanya tentang status pengajian? Beliau menunjukkan kesungguhan dan kecintaan yang tinggi untuk meneruskan pengajian di universiti ini,” ujar Nadir.

Nadir dan Reem yang juga balu pejuang Palestin dan ibu kepada lima cahaya mata berkahwin pada Mei 2016 selepas tiga tahun saling mengenali.

Iklan

Perkenalan Nadir dan dengan Reem bukanlah secara langsung sebaliknya menerusi anak sulungnya, Naeem Mushtaha yang ketika itu berusia 13 tahun.

Perkahwinan mereka yang mencecah usia sembilan tahun diserikan dengan kehadiran dua putera dan seorang puteri iaitu Haura, 5, Qamar, 3, dan Ibrahim, 2,

Baca juga: Penyatuan jiwa di khemah kecil, pengantin baharu dalam konflik Isr4el-P4lestin jadi perhatian. ‘Saya mahu rumah, peperangan musnahkan impian’

Baca juga: Inspirasi! Wanita berjaya tamatkan PhD sambil besarkan 8 orang anak masih kecil

Reem dan permata hatinya dikeluarkan dari Palestin sehari sebelum Aidilfitri menerusi misi yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Iklan

Baca juga: Tesis Farhatul Fairuzah jadi inspirasi dan bakal dibukukan. ‘Doakan saya istiqamah & rezeki sambung Master’

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!