‘Dia my bestie, tak jemu beri semangat…’ Sambut anniversary ke-19, Aidid Marcello kongsi pengorbanan Norzie Pak Wan Chek

‘DIA my bestie, tempat meluahkan macam-macam. Orang yang tidak pernah jemu beri semangat. Penasihat yang agak garang.”

Demikian coretan yang dikongsi oleh bekas pengacara dan penerbit TV3, Aidid Marcello Azahari menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman sosial Instagramnya.

Berkongsi sekeping gambar bersama isteri, bekas wartawan dan penyampai berita Norzie Pak Wan Chek, lelaki berdarah kacukan Itali-Melayu itu mengenang kembali perjalanan rumah tangga merusia yang berusia hampir dua dekad.

Tidak hanya itu, Aidid yang kini mengendalikan syarikat produksi sendiri, Mindquest Digital bercakap mengenai keperibadian buah hatinya.

Iklan
Iklan

Baca juga: ‘Set nawaitu bukan untuk riak dan sombong.’ Berhentikan anak-anak dari sekolah dan hantar ke tahfiz, perkongsian Aidid undang sebak

Baca juga: ‘Tiada lagi hero hidupku, macam tak percaya, tergamam.’Aidid Marcello kongsi berita duka, ayah meninggal dunia

Sikap berterus terang Norzie dalam memberi pandangan membantu beliau dari masa ke semasa.

Biarpun adakalanya lontaran pendapat sedikit pedas, Aidid tetap tenang meraikan buah fikiran si isteri.

“Kalau bagi pandangan, aku kena tahan telinga dan sabar sebab dia akan cakap dengan ikhlas 100 peratus tanpa jaga hati.

“Kalau bagus, baguslah. Kalau tidak bagus, dia beri komen panas, idea dan solution,” katanya.

Baca juga: ‘Cantiknya genetik ini, macam anak patung’. Anak Nurul Syuhada jadi perhatian warganet

Baca juga: Dayah Bakar kongsi momen sebagai isteri pejuang negara. ‘Pengorbanan ibu ibarat ladang pahala, saham akhirat’

19 tahun usia perkahwinan, Aidid menzahirkan kesyukuran perkongsian hidup bersama dikurniakan empat cahaya mata.

Malah beliau menghargai pengorbanan Norzie yang meninggalkan kerjaya semata-mata demi memberikan perhatian kepada keluarga tercinta.

“5 Mei 2005, aku bernikah dengannya. 5 Mei 2024, Alhamdulillah anak empat orang berusia 18,16,14,11 tahun.

“Sekarang semua kerja TV sudah ditinggalkan demi untuk membesarkan anak-anak tersayang. Itulah bini aku yang ku sayangi Norzie Pak Wan Chek.

“Thank you B. Sorrylah tiada apa hadiah best yang boleh diberikan. Insya-ALLAH nanti I belikan bihun soto,” titipnya lucu.

Lebih manis lagi, Norzie turut memberi komen pada pada hantaran laman sosial Aidid.

“Pintu syurgaku, semoga selalu meredai, mengampuni dan menyayangiku. I love u, too,” titipnya.

Baca juga: Puteri sulung genap 12 tahun, 23 pesanan Fedtri Yahya untuk Indah Sutera Jannah undang sebak

Aidid yang terdahulu mencipta nama sebagai pengacara program Remaja bersama Che Puan Juliana Evans dan Pop Kuiz bertugas Penerbit Eksekutif Pemasaran Kreatif Dan Komunikasi Saluran TV Media Prima Berhad sebelum meletakkan jawatan 10 tahun lalu.

Beliau dan Norzie berkahwin pada pada 5 Mei 2005 di Dewan Perdana FELDA, Kuala Lumpur berwalikan bapa pengantin perempuan.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga putera dan seorang puteri iaitu Alyea Nai Lina, Muhammad Iman, Muhammad Yusuf dan Muhammad Ibrahim.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

Share
Azma ML

Published by
Azma ML

Recent Posts

Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet

PASANGAN mempelai ini meledak di laman sosial Facebook. Siapa sangka dengan hanya satu hantaran oleh…

1 day ago

Bekas suami kahwin lain, Jaclyn Victor tumpang gembira. ‘saya doakan dia & isteri bahagia selamanya’

Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi rasa gembira mendengar perkhabaran berita bekas suaminya, Shawn Rivera bertemu jodoh…

1 day ago

Kembara gastronomi kulinari Jepun & benua Eropah, ini 4 lokasi santapan eksklusif tengah kota yang boleh dicuba

TAK perlu terbang jauh semata-mata mahu menikmati kulinari autentik Jepun dan benua Eropah kalau di…

1 day ago

Nur Izzara lengkapi rumah tangga Datin Alyah dan Tok Ram. ‘Murahnya rezeki, bakal tunai haji, dapat baby’

KEHADIRAN si kecil bernama Nur Izzara mengubah kehidupan penyanyi terkenal, Datin Alyah. Dalam satu hantaran…

1 day ago

Pelakon & penyair Pyanhabib Rahman meninggal dunia pada umur 66 tahun

PELAKON dan penyair Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman atau dilaporkan…

1 day ago

Sedekad menanti, wanita timang anak sulung pada usia suami 80 tahun. ‘Alhamdulillah 31 Mei puteri kami dilahirkan’

SEBAK dan menyentuh hati, video memaparkan seorang bapa mengiqamatkan bayi menjadi tular di laman sosial.…

2 days ago