KISAH kematian anak syurga, Zayn Rayyan Abdul Matiin terus menjadi perhatian warga maya. Kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu ditemui meninggal dunia pada 7 Disember tahun lalu di dalam belukar 200 meter dari rumahnya. Sehingga ke hari ini kes pembunuhannya masih belum terungkai.

Pemergian anak tersayang dalam sekelip mata, ibunya, Ismanira Abdul Manaf, 29, sebak.

Ibu muda itu meluahkan perasaannya ketika menerima kunjungan aktivis masyarakat bebas, Ebit Lew.

“Dia suka pergi sekolah, tapi dia ‘pergi’ dengan baju paling suka,” katanya dalam sebak melihat foto graduasi tadika Zayn.

Baca juga: ‘Anak saya tidak boleh bercakap, hubungi jika nampak’. Lengkap uniform sekolah, kanak-kanak autisme 6 tahun hilang

Baca juga: Hilang lebih 24 jam, anak autisme Zayn Rayyan ditemui tak bernyawa, bapa pengsan terima hakikat, ini kronologi menyentuh hati

Baca juga: Siapa tak sayang anak! Berhenti salahkan ibu bapa Zayn Rayyan, yang ada anak syurga akan memahami – Super Daddy

Suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, 29, turut sayu dan tidak dapat menahan tangisan mengenang pemergian putera sulung mereka.

Ebit dalam hantaran di Instagram berkongsi harapan ibu bapa Zayn terhadap kes pembunuhan anak mereka.

“Ziarah keluarga adik Zayn Rayyan. Ya ALLAH, berilah kekuatan dan rahmat mencurah-curah pada ibu bapanya.

“Menangis sahaja mereka tadi dari rumah sampai ke kubur. Berat ujian mereka.

Baca juga: ‘Dia tak pernah kacau orang’. Pengasuh pilu Zayn Rayyan sudah tiada, berikut kronologi 32 jam meruntun hati

Baca juga: Voice note ibu Zayn Rayyan tular, kongsi momen terakhir sebelum hilang. ’10 minit bermain enggan pulang, pusing belakang dia tak ada’

Baca juga: Mayat Zayn Rayyan diletak ketika hujan lebat, disyaki hanya seorang pelaku, petunjuk suspek semakin jelas

“Ya ALLAH pasti Zayn menanti ibu bapanya di syurga. Doakan ya, semoga pembunuh dapat ditemui dan dihukum. Itu sahaja permintaan ibu bapanya,” katanya.

Baca juga: Genap sebulan pemergian Zayn Rayyan ibu titip rindu. ‘Semua tempat ada kenangan & momen indah’

Warga maya mendoakan agar pelaku jenayah kejam itu ditangkap dan keluarga Allahyarham terus kuat menghadapi kehilangan.

– “Tengoklah ibu Zayn, betapa sakitnya menahan rindu dan pelaku belum ditemui. Saya seorang ibu faham sangat dengan perasaan yang dia alami. Moga terus kuat sis.”

– “Moga kejernihan jiwa menerima takdir ini. Insya-ALLAH, ALLAH menggantikan yang terbaik , aamiin”

Iklan

– “Allahuakbar, mengalir air mata setiap kali membaca kisah adik Zayn Rayyan. Al-Fatihah Zayn Rayyan kesayangan ramai.”

– “Sampai waktunya ALLAH akan tunjuk siapa pelakunya, aaminn.”

– “Sedihnya, kalau saya pun luluh hati anak sudah tiada kerana kekejaman orang lain. Ya ALLAH kurniakan ibu dan ayah ini ketabahan.”

Terdahulu, Zayn dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat memasuki kawasan belukar berhampiran kawasan apartmen.

Kehilangannya selama 32 jam berakhir pilu. Anak istimewa itu kemudiannya ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa berhampiran anak sungai kira-kira 200 meter dari kediaman.

Polis mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat dibunuh susulan pergelutan dengan pembunuh. Hasil siasatan forensik juga mendapati Zayn telah meninggal dunia di tempat lain 48 jam sebelum ditemui di lokasi tersebut.

Iklan

Sejak hari pertama kehilangan sehingga kini, kes tragis ini terus disiasat Polis Diraja Malaysia khususnya Polis Selangor dengan kerjasama pelbagai jabatan termasuk Bahagian D10 (Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah), Bahagian D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak), Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) dan D13 (DNA Databank) Bukit Aman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan mengumpul maklumat dan risikan sedang dilaksana untuk mendapatkan petunjuk baharu.

Sama-sama kita doakan penjenayah kes ini ditangkap segera.

Sumber: Ebit Lew

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!