TAHNIAH buat semua jemaah haji yang yang tiba di Tanah Suci Makkah dan Madinah untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Setakat ini, seramai 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia dilaporkan selamat tiba dengan 22 penerbangan yang disewa khas Lembaga Tahun Haji (TH).

Mesti ramai saudara-mara, ahli keluarga dan sahabat terdekat kita yang dipelawa menjadi tetamu ALLAH. Sudah pasti, segala persiapan disusun rapi.

Bukan sahaja menitikberatkan keperluan fizikal, malah spiritual pun penting juga buat bakal jemaah khususnya yang first time ke sana.

Perkongsian pengguna Facebook, Asyraaf Azahari cukup menarik dan boleh dijadikan panduan kepada anda yang masih tak sure sama ada segala persiapan sudah cukup lengkap atau sebaliknya.

Asyraaf memberitahu, beberapa tip yang dikongsikan sebelum ini sedikit sebanyak membantu para jemaah untuk bersedia dari segi mental dan fizikal jika berada di Tanah Suci.Tanah Suci haji

“Pertama sekali, mental kena kuat. Sebab itu syarat sah haji, kena waras plus sebelum pergi haji, pihak TH akan buat saringan kesihatan terlebih dulu.

“Jadinya, sementara menunggu giliran, bolehlah kumpul duit dan pada masa sama, jaga kesihatan dulu,” tulisnya.

Tanah Suci haji

Isu kesihatan amat penting katanya, kerana kekuatan fizikal perlu fit untuk melakukan semua rukun haji di sana.

“Bukan apa, kalau dapat tawaf betul-betul depan Kaabah okey lagi, kalau silap masuk pintu, kena pergi naik level 2, steps comfirm 10k lebih.

 

“Itu tak masuk lagi dekat Mina nak lontar. Pergi balik 14 kilometer. Kalau boleh invest selipar sedap sikit. Kaki nak pakai lama, tau,” katanya yang sempat menyelitkan link shopee untuk cadangan selipar mesra ihram.

Tanah Suci haji

Petua kedua katanya, penggunaan kaedah cashless amat digalakkan.

“Kalau nak beli barang dekat mall, better pakai kad jer. Swap jer dan anak-anak pun boleh pantau top up duit.

Baca juga RM30,000 dimakan anai-anai, hajat nenek tunai haji tak kesampaian. Ini cara tukar duit rosak di bank

So, parent tak perlu beratur dekat ATM atau kaunter tabung haji dalam maktab hotel nak cash out. Cash untuk nak derma atau beli aiskrim jer. Pilih kad yang antara rate currency rendah,” sarannya lagi.

Tanah Suci haji

Untuk mereka yang perlu membawa stok ubat, saran Asyraaf supaya semua bekalan perubatan penting dibawa mencukupi sepanjang menunaikan haji kerana kos ubat di sana agak mahal.

“Lagi satu, better pakai roaming. Sekarang roaming murah dah daripada beli sim kad sana. Kalau nak video call, boleh pakai google meet, IG call video atau FB call video atau whatsapp call.

“Sekarang musim panas. Time aku pergi pun musim panas juga. Suhu kadang-kadang boleh cecah 50 darjah Celcius. Lelaki pakailah spec hitam dengan kain serban buat selubung kepala. Perempuan pakai payung kecil pun tak apa,” kongsinya.

Tanah Suci haji

Pemuda itu juga berkongsi masa yang sesuai untuk masuk Kaabah tanpa perlu bersesak-sesak dengan ramai orang.

“Bila dekat hari Masya’ir, time solat Jumaat, pintu masuk Kaabah selalu tutup awal sebab nak elak sesak yang amat. So, better lepas duha stay dalam sana terus.

“Kalau keluar maktab selepas pukul 10, silap-silap solat dalam mall atau atas jalan tar yang panas,” katanya berkongsi pengalaman berharga.

Tanah Suci haji

Bab makanan juga jangan dipandang ringan. Katanya, kadang-kadang masa hari Masya’ir, ada sesetengah orang termasuknya tidak dapat makanan.

Baca juga Legakan batuk kering dengan gigit bunga cengkih, tip berguna untuk jemaah haji di Makkah dan kita yang sedang sakit

“Ketika jadi sahabat maktab, sibuk agih makanan orang lain sampaikan lupa untuk simpan makanan sendiri. Jadi, prepare makanan sendiri seperti beli pek kembara yang kecil. Nak masak pun senang, bubuh air panas jer.

Tanah Suci haji

By the way, makanan jenis ready to eat yang jenis pakai heatpad dah tak boleh bawa masuk dalam flight termasuk hand carry atau kargo.

“Kalau dah terbeli, buang heatpad jer. Pek makanan dalam boleh masak dengan air panas sebab dekat Mina ada disediakan air panas. Sambal yang boleh makan nasi pun okey kat sana,” katanya lagi.

JANGAN SAMPAI BERGADUH

Iklan

Bimbang luggage terlebih berat, pesannya supaya membeli plastik jenis vakum yang sekali pam, boleh jadi portable kecil untuk memudahkan susunan barang dalam beg nanti.

“Kalau beli banyak barang, pos jer balik Malaysia. Tak perlu sumbat semua dalam beg. Kalau boleh beli air zam-zam dan pos rumah, beli jer kalau mampu.

Tanah Suci haji

“Nanti suasana di Mina dia punya padat, fuh kena banyak-banyakkan bersabar ya. Time inilah ujian sebenar. Kalau tidur, muka menghadap kaki tu sabarlah.

“Bagi yang muda, mengalah jer. Jangan penting diri dan banyakkan bersabar. Buat penat jer gaduh dengan depa. Tak rugi pun kalau mengalah,” nasihatnya.

Tanah Suci haji

Bukan setakat di Mina, dugaan lagi berat ketika berada di Muzdalifah.

Cerita Asyraaf, jangan potong giliran naik bas ke Mina.

“Kalau tak, sia-sia jer pahala haji hampa nanti dan banyakkan bersabar. Kalau dapat stay lama kat Muzdalifah sampai subuh.

Just enjoy jerlah, tapi bagitahu awal-awal, spot tempat tidur kita kat Mina tu mungkin orang lain terambil. So, banyakkan bersabar,” katanya.

Tanah Suci haji

Iklan

Asyraaf juga mengesyorkan supaya dapat mendaftar haji ketika usia masih muda dan jika ada peluang, rebut terus tanpa menoleh ke belakang lagi.

“Kalau dapat pergi, joinlah jadi sahabat maktab. Boleh bantu staff TH dan macam-macam pengalaman boleh dapat. Nanti staff TH akan offer.

“Selalunya depa pilih yang geng muda-muda. Kalau tak cukup, baru depa offer,” tulisnya.

Tanah Suci haji

Menarik dan boleh dijadikan buat kita yang bakal menunaikan haji tidak lama lagi.

Paling penting, banyakkan bersabar dengan apa jua ujian yang dihadapi di Tanah Suci nanti. Lain orang, lain dugaannya. Betul tak?

Apapun, semoga semua jemaah dapat pulang ke tanah air dengan selamat dan memperoleh haji mambur.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee