Hujan lebat dan angin kencang kerap melanda di waktu petang akhir-akhir ini. Dalam kejadian semalam, seorang penghantar makanan maut dihempap pokok.

Dalam perkongsian sebuah video di TikTok, angin kencang dan hujan lebat melanda di Alam Damai, Cheras diselangi dengan dentuman guruh dan kilat. Video juga memperlihatkan kehadiran orang awam yang mengusung mangsa ke stesen minyak berkenaan.

@asyrafroslan6

Ya Allah, kau lindungi hamba2 mu Ya Allah. #fypシ #fyp #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #Ramadan

♬ original sound – Asyraf Roslan – Asyraf Roslan

Meninggal dunia di tempat kejadian

Menerusi kenyataan media, Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mengesahkan menerima aduan kejadian berkenaan di Petronas Alam Damai, Taman Len Sen, Cheras Kuala Lumpur.

Pasukan bomba diketuai Zaimi Mat Yusuf Ahmad bersama lima anggota yang tiba di lokasi pada jam 4.28 petang melaporkan lelaki berusia 20 tahun berkenaan dihempap pokok tumbang dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kejadian.

Pokok tumbang

Beberapa video yang dirakam orang awam tular media sosial. Berikut ialah keadaan lokasi selepas kejadian.

 

Bantuan diberikan

Menerusi perkongsian orang awam, situasi ketika itu menjadi cemas. Allahyarham tidak sedarkan diri selepas dihempap pokok tumbang sebelum dibawa ke stesen minyak berhampiran bagi mendapatkan bantuan.

Bantuan kecemasan turut diberikan oleh orang ramai namun lelaki terbabit sudah tidak mampu diselamatkan.

Rata-rata warganet bersimpati dengan kejadian ini. Ruangan komen sumber berita dipenuhi ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Alfatihah.

Iklan

Peralihan monsun

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) berkongsi tentang peralihan monsun yang sedang berlaku di seluruh negara. Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang akan berlaku khususnya pada waktu petang dan malam bermula pada pertengahan Mac hingga pertengahan Mei.

Tempoh peralihan peralihan antara dua monsun iaitu Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut yang menunjukkan ciri seperti menngakibatkan pergerakan angin lemah daripada pelbagai arah.

Iklan

MET menyarankan agar orang ramai untuk tidak berada di kawasan lapang, tidak berlindung atau parkir di bawah pokok, elakkan menyentuh objek besi, barang atau kabel elektrik, menjauhi struktur yang tidak kukuh, waspada dengan kehadiran kepala air di kawasan air terjun, menghindari kawasan mudah naik air serta aktiviti luar perlu dielakkan.

Selain banjir kilat, antara kesan peralihan monsun ialah tanah runtuh, pokok tumbang, belalai air atau darat serta hujan batu.

Sumber: FB Info Roadblock JPJ/POLIS dan Met Malaysia