Ramai isteri berhenti kerja lepas kahwin, tapi pastikan dulu ada dua perkara ini – Pengamal undang-undang syariah

BUAT pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga, pasti ada banyak pesanan diperturunkan biasanya golongan yang terlebih dahulu ‘makan garam’.

Jika ilmu yang dikongsikan memang wajar untuk dijadikan panduan barangkali tidak mengapa. Bagaimanapun, jangan lupa ilmu rumah tangga itu juga sangat luas.

Kalau asas pegangan untuk mengendalikan mahligai itu sahaja sudah goyah, bagaimana rumah tangga hendak bertahan lama, bersama susah senang bak kata orang sedang asyik masyuk bercinta.

Biasanya bukan, orang bujang mohon nasihat berharga sebelum berkahwin?

Seperti pengguna Twitter menggunakan nama Pa Alif Hamzah Ta @SyafaatNasir ini yang meminta nasihat rumahtangga yang diharapnya dapat membantunya bersedia:

“Reply satu nasihat berumahtangga yang engko rasakan berguna dan power. Kasi orang orang bujang seperti saya dan lain-lain dapat bersedia. Ayuh!”

Iklan
Iklan

Ciapannya itu mendapat lebih 5.1K retweets dan 6.7K komen dan tanda ‘Suka’, sejak semalam hingga ke hari ini.

Luah Pa Alif Hamzah Ta, nasihat tipikal lazim diterima orang bujang yang mahu mendirikan rumah tangga mesti ada nasihat tentang seks.

“Baca reply nasihat mesti ada nasihat pasal seks dan datangnya dari lelaki. Buka profile mesti jenis yang sembang terer. Tipikal,” komennya.

Itu antara yang menarik perhatian warganet.

Apa yang menarik perhatian warganet apabila ciapan tersebut turut dibalas oleh pengamal undang-undang syariah, Muhammad Syarafi @RafiCounsel yang memberikan nasihatnya melalui bebenang.

Menurut Muhammad Syarafi @RafiCounsel, pastikan sebelum kahwin kita ada:

1. Kerja
2. Duit

Dan pastikan kedua-dua ni pun masih ada walaupun dah kahwin.

Sebabnya kita tak tahu bila masanya badai akan melanda, setidak-tidaknya bila dilanda ombak yang kuat kita dah bersedia dengan rintangan yang mendatang.

Good luck!

Pesanan ini dibawakan khas dari Pengamal undang-undang syariah yang saban hari dah kendalikan kes -kes berkaitan rumahtangga melibatkan isteri-isteri yang diceraikan tanpa ada kerja dan sumber kewangan yang mencukupi sekurang-kurangnya untuk menampung kehidupan selepas cerai.

Meletakkan kesalahan kepada pihak perempuan yang minta wang hantaran tinggi dan membazir untuk persiapan perkahwinan @ guna buat pergi honeymoon bukan satu jawapan yang tepat. Sebab kebanyakan isteri memang gunakan sebaiknya wang hantaran diberi pihak lelaki untuk kegunaan majlis.

Apa yang kita bagi tau ni ialah keadaan isteri selepas berkahwin. Ramai antaranya akan berhenti kerja dan mengikut suami kerja. Cumanya sebelum mereka berhenti kerja tu tak ramai yang ada backup financial yang kukuh atau setidaknya boleh digunakan ketika kecemasan.

Jangan sembang kata “takpelah, suami saya masih mampu nak sara saya”, selagi belum ada anak YES boleh cakap gitu. Tapi bila dah mula ada anak sorang, dua atau tiga dan ke atas, ayat tu boleh simpan bawah karpet rumah jelah. Ni kita sembang soal realiti kehidupan selepas nikah ni.

Daripada 10 client yang kita pernah kendalikan kes di Mahkamah, cuma 3 atau 4 orang sahaja yang betul-betul bersedia dari sudut financial untuk berhadapan dengan kehidupan sekiranya berpisah dari suami. Bakinya? masih meratib dengan ayat “siapa nak sara hidup saya lepas ni?

Sebab tu, sebelum kahwin sama ada lelaki atau perempuan, pastikan DUIT & KERJA tu dah ada.

Kerja tu pastikan TETAP dan ada potongan wajib as KWSP, SOCSO dll berkaitan.

Sekurang-kurangnya andai kata berlaku apa-apa pada diri esok, kita ada sediakan something untuk family.

Itu kongsi Muhammad Syarafi @RafiCounsel.

Terdahulu Pa Alif Hamzah Ta turut berterima kasih dengan pelbagai sudut nasihat yang diterimanya.

Banyaknya nasihat. Thanks guys. Saya akan baca nasihat ni satu satu. Dan kepada yang terbaca tweet ni, doakan majlis nikah saya nanti berjalan lancar,” katanya.

Moga luahan pemuda ini dan perkongsian oleh Muhammad Syarafi @RafiCounsel bermanfaat khususnya kepada bakal mempelai di luar sana ya! -AG #janganputusasamalaysia

 

Share
Azimah

 

Published by
Azimah

Recent Posts

Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet

PASANGAN mempelai ini meledak di laman sosial Facebook. Siapa sangka dengan hanya satu hantaran oleh…

2 days ago

Bekas suami kahwin lain, Jaclyn Victor tumpang gembira. ‘saya doakan dia & isteri bahagia selamanya’

Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi rasa gembira mendengar perkhabaran berita bekas suaminya, Shawn Rivera bertemu jodoh…

3 days ago

Kembara gastronomi kulinari Jepun & benua Eropah, ini 4 lokasi santapan eksklusif tengah kota yang boleh dicuba

TAK perlu terbang jauh semata-mata mahu menikmati kulinari autentik Jepun dan benua Eropah kalau di…

3 days ago

Nur Izzara lengkapi rumah tangga Datin Alyah dan Tok Ram. ‘Murahnya rezeki, bakal tunai haji, dapat baby’

KEHADIRAN si kecil bernama Nur Izzara mengubah kehidupan penyanyi terkenal, Datin Alyah. Dalam satu hantaran…

3 days ago

Pelakon & penyair Pyanhabib Rahman meninggal dunia pada umur 66 tahun

PELAKON dan penyair Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman atau dilaporkan…

3 days ago

Sedekad menanti, wanita timang anak sulung pada usia suami 80 tahun. ‘Alhamdulillah 31 Mei puteri kami dilahirkan’

SEBAK dan menyentuh hati, video memaparkan seorang bapa mengiqamatkan bayi menjadi tular di laman sosial.…

3 days ago