FOTO pelajar perempuan duduk di sisi sebuah pusara sambil memegang slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia meruntun jiwa sesiapa sahaja yang melihatnya.

Malah, foto yang mula tular di laman X sejak Isnin lalu juga seolah-olah menyimpan 1,001 kisah yang mungkin tidak diketahui sesiapa.

Tuan empunya badan, Puteri Qistina Arisya sewaktu dihubungi SinarPlus berkata, beliau menziarahi kubur arwah bapanya sejurus menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 6A+, 1A, 1A- dan 1B+ Isnin lalu.

Kenangan manis Puteri bersama Allahyarham bapa ketika majlis graduasi

“Abah, this straight A is for you. Dan 1B+ ini, doakan selepas disemak semula ia berubah kepada A-. Saya mahu semua subjek A,” ciapnya di X yang menerima lebih 230,000 tontonan dan hampir 10,000 tanda suka.

Pilu tidak dapat berkongsi kegembiraan dengan bapa tersayang, anak bongsu yang juga bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghaffar Baba terkenang sosok lelaki itu.

“Abah pergi ketika peperiksaan SPM sedang berjalan, iaitu selepas saya selesai peperiksaan Pendidikan Islam. Ketika itu, saya ada empat lagi kertas iaitu Fizik, Metematik Tambahan, Prinsip Akaun dan Kimia.

“Namun ironinya hanya satu kertas sahaja ‘slack’ iaitu yang saya duduki selepas Abah pergi. Alhamdulillah saya berjaya menyudahkannya,” katanya.

Berkongsi kisah tentang bapa, Puteri mendedahkan, hubungan mereka sangat erat. Sementelah beliau anak bongsu dan abang serta kakaknya sudah berkeluarga.

Pemergian Allahyarham Januari lalu benar-benar memberi kesan kepada gadis itu.

Baca juga: ‘Tahajud, solat hajat & berdoa.’ 4 pesalah juvana Sekolah Integriti, Henry Gurney cipta sejarah, cemerlang SPM 8A di sebalik tirai besi

Baca juga: Sempat tayang result straight 9A tahun 2005, Dr Say Shazril nasihat SPM permulaan untuk…

“Kami sangat rapat. Walaupun dari Tingkatan Satu, saya bersekolah di sekolah berasrama, tetapi memang sentiasa telefon abah setiap hari. Setiap kali cuti semester, saya akan menjaga abah.

“Abah menghidap diabetes dan sakit jantung. Beliau disahkan mengalami kegagalan buah pinggang tahun lepas dan menolak rawatan dialisis. Ketika itu, doktor menjangkakan arwah bertahan empat hingga 12 bulan sahaja.

“Pada 17 Januari 2024, abah disahkan mati otak dan koma selama 21 hari sebelum meninggal dunia pada 9 Februari 2024,” katanya.

Anak jati Muar, Johor ini mengakui SPM yang dihadapinya baru-baru ini sedikit janggal kerana bapanya sedang terlantar sakit.

Baca juga:’Mama sangat bangga, terima kasih semua’ Datin Anne Ngasri dedikasi kejayaan anak dalam SPM, penampilan dua beranak raih pujian!

Baca juga: ‘Sabarlah adik Aliah.’ Calon SPM hilang ibu saat peperiksaan runtun hati warga maya, kemalangan tragis ragut nyawa

“Selalunya, selepas habis apa jua peperiksaan, saya akan call abah untuk beritahu mengenainya. Kiranya peperiksaan SPM ini kali pertama saya tak dapat update kepadanya.

“Namun sepanjang abah saya koma, memang ibu akan menghubungi saya dan meletakkan telefon di telinga abah supaya saya dapat berborak dengannya,” ujarnya.

Ketabahan anak muda ini menghadapi kehilangan di saat genting menyentuh hati. Perlu meneruskan SPM selepas bapa meninggal dunia, Puteri sempat berkongsi cara beliau menangani situasi itu.

“Apabila abah meninggal, saya balik ke Muar dan uruskan apa yang patut dan hanya bercuti dua hari sahaja sebelum kembali ke maktab untuk menghadiri kelas bagi persediaan kertas seterusnya iaitu Fizik.

“Saya memang sudah maklumkan kepada kawan-kawan agar tidak bersemuka dan mengucapkan takziah kerana mahu fokus kepada SPM.

“Saya kuat dan enggan bersedih. Saya tidak mahu orang lain berasa kasihan. Alhamdulilah, rakan-rakan memberi kerjasama termasuk para guru. Biarpun tiada ucapan takziah, cara mereka benar-benar memberikan sokongan kepada emosi dan fizikal saya ketika itu,” jelas Puteri.

Baca juga: Gigih jaga ibu sakit, mandikan sebelum pergi & balik sekolah, remaja anak yatim raih 11A SPM

Baca juga: Anak yatim piatu 11A SPM terima lebih 10 tawaran pengajian & biasiswa, rezeki mencurah berbakti kepada ibu sakit

Iklan

Jelas Puteri, arwah mengimpikan untuk melihat beliau bergelar peguam dan berbekalkan keputusan SPM yang diperolehi beliau berazam untuk merealisasikannya.

Peguam yang memiliki kelulusan perakaunan yang diperakui badan perakaunan profesional antarabangsa menjadi impian beliau.

“Abah memang dari kecil memanggil saya dengan gelaran bakal lawyer dan insya-ALLAH saya akan menyambung pelajaran dalam bidang Undang-Undang.

“Habis pengajian undang-undang, saya merancang untuk mendapatkan pensijilan asas perakaunan profesional,  Association of Chartered Certified Accountant (ACCA) pula.

“Cita-cita saya untuk menjadi seorang peguam syarikat yang memiliki sijil berkenaan,” jelasnya.

Perkongsian Puteri di X baru-baru ini menerima pelbagai kata-kata semangat dan dorongan daripada warganet.

“Allahu, tak boleh bayangkan situasi yang sis lalui. Arwah abah awak mesti bangga melihat keputusan itu. All the best for your future and moga terus kuat 💪🏻❤️.”

“Al-Fatihah buat abah awak! Tahniah for the excellent result, Alhamdulillah. Fly high, semoga terus berjaya.”

Iklan

“Tahniah awak, awak telah lakukan yang terbaik. Your dad bertuah ada daughter yang berbakti macam you.”

“Adik saya pun ke kubur arwah ayah tadi selepas keputusan SPM diumumkan. Tahniah atas keputusan cemerlang.”

“Tahniah sebab berjaya survived sampai ke tahap ini. You did well adik! Kakak percaya your abah mesti bangga. Jadi good girl tau, insya-ALLAH adik ada bright future. fly high sayangku.”

Baca juga: Tahniah! Anak Rita Rudaini top 10 batch, raih keputusan cemerlang di MRSM. ‘3.99 ini hadiah untuk birthday Mommy’

baca juga: ‘Tahniah Kak Ngah.’ Anak kedua Liza Hanim raih Anugerah Pengetua MRSM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!