Sedekad menanti, wanita timang anak sulung pada usia suami 80 tahun. ‘Alhamdulillah 31 Mei puteri kami dilahirkan’

SEBAK dan menyentuh hati, video memaparkan seorang bapa mengiqamatkan bayi menjadi tular di laman sosial.

Mencecah 1.2 juta tontonan, rakaman lelaki dikenali sebagai Haji Yob menerima pelbagai reaksi warganet.

Menerusi perkongsian isteri, Zaleha, 42, bayi perempuan berkenaan adalah anak sulung beliau dan suami sekali gus mengakhiri penantian pasangan itu selepas usia 10 tahun berumah tangga.

“Kurnian zuriat daripada ALLAH ketika usia ayahnya umur 80 tahun.

“Pada 9.30 malam hari Jumaat, 31 Mei 2024 puteri kami dilahirkan,” kongsinya.

Iklan
Iklan

Zaleha ketika dihubungi SinarPlus memaklumkan perkahwinannya dengan Pak Yob pada tahun 2014 adalah yang keduanya.

“Alhamdulillah, saya dan suami sangat gembira atas kelahiran anak sulung. Saya tidak merancang untuk mengandung pun,” katanya.

Walaupun tidak mempunyai rencana untuk memiliki cahaya mata, Zaleha menganggap kelahiran anakandanya itu rezeki dan kurniaan daripada ALLAH.

Baca juga: IVF 8 kali, 12 tahun usaha zuriat, kisah bapa ini buat netizen sebak

Baca juga: Ibu 70 tahun bersalin cahaya mata kembar, nekad mengandung selepas diejek mandul

Baca juga: 16 tahun menanti zuriat, kehamilan isteri hadiah anniversary cukup bermakna. ‘Air mata gugur, test kit naik double line’

Baca juga: 18 tahun menanti rezeki dikurniakan anak kelapan lelaki, bapa 7 puteri akhirnya boleh bentang sejadah sebelah kanan

“Harapan saya agar dapat dalam mendidik dan membesarkan anak ini menjadi insan,” kongsinya yang menetap di Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Ternyata jarak usia 38 tahun tidak menjadi halangan buat mereka menganyam kebahagiaan dan membina keluarga sendiri.

Warga maya teruja dengan perkongsian video berkenaan tidak henti mengucapkan tahniah buat Zaleha dan suami sementelah lelaki itu yang mencecah usia emas.

Tidak kurang juga yang menitipkan doa agar si kecil membesar dengan sihat.

“Pakcik pun nampak sihat lagi. Tentu menjaga pemakanan. Orang dulu-dulu banyak petua dan menjaga kesihatan.”

“Subhanallah. Umur 80 tidak nampak seperti 80. Kelihatan seperti 60an sahaja dan sihat. Alhamdulillah rezeki pakcik dan isteri mendapat zuriat.”

“Ya ALLAH, tahniah pakcik dan isteri. Tiada kata-kata yang dapat digambarkan. Seperti saya 17 tahun menanti ALLAH kurniakan anak sulung.”

Tahniah daripada SinarPlus buat Haji Yob dan Ummi Mak Ha, moga si kecil membesar menjadi anak yang solehah, aamiin.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Share
Azma ML

Recent Posts

Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet

PASANGAN mempelai ini meledak di laman sosial Facebook. Siapa sangka dengan hanya satu hantaran oleh…

2 hours ago

Bekas suami kahwin lain, Jaclyn Victor tumpang gembira. ‘saya doakan dia & isteri bahagia selamanya’

Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi rasa gembira mendengar perkhabaran berita bekas suaminya, Shawn Rivera bertemu jodoh…

3 hours ago

Kembara gastronomi kulinari Jepun & benua Eropah, ini 4 lokasi santapan eksklusif tengah kota yang boleh dicuba

TAK perlu terbang jauh semata-mata mahu menikmati kulinari autentik Jepun dan benua Eropah kalau di…

6 hours ago

Nur Izzara lengkapi rumah tangga Datin Alyah dan Tok Ram. ‘Murahnya rezeki, bakal tunai haji, dapat baby’

KEHADIRAN si kecil bernama Nur Izzara mengubah kehidupan penyanyi terkenal, Datin Alyah. Dalam satu hantaran…

7 hours ago

Pelakon & penyair Pyanhabib Rahman meninggal dunia pada umur 66 tahun

PELAKON dan penyair Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman atau dilaporkan…

8 hours ago

Gelagat Aidid rakam anak sulung lulus lesen P mencuit hati. ‘Habislah, kena tambat kereta lepas ni’

KEMAHIRAN memandu dan memiliki lesen adalah kemahiran asas yang menjadi kemestian pada masa kini. Malah…

23 hours ago