PENGAWAL peribadi yang ditembak di Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 Muhammmad Nur Hadith Zaini, 38, atau dikenali sebagai Along dikhabarkan sudah kembali ke rumah selepas koma dan menjalani pembedahan di hospital.

Sebulan berlalu, klien yang juga isteri kepada suspek, Farah Md Isa atau Ustazah Farah Cie melalui hantaran di Facebook berkongsi perkembangan bekas pengawal peribadi yang diupahnya itu.

Baca juga: Bapa anak OKU, pentingkan keluarga, Farah Cie syukur pengawal peribadi ditembak di KLIA sudah sedarkan diri. ‘Terima kasih Ya ALLAH

Baca juga: Banyak post sweet-sweet di FB isteri, warga maya terkejut & syak suspek tembak KLIA psiko. ‘Hati-hati wanita

Jelasnya beliau bersimpati dan sedih memandangkan banyak perubahan fizikal berlaku Muhammmad Nur Hadith susulan kecederaan yang dialami.

“Malam ini saya dapat ziarah Along. Doktor beri janji temu rawatan susulan pada bulan November 2024.

“Bagi saya terlalu lama untuk Along dapatkan rawatan seterusnya. Perut Along mula membuncit seperti ada benda mengeras di dalam bahagian perut. Saya tengok pun sudah rasa ngilu.,” ujarnya.

Mutawwifah bebas itu menyatakan beliau terhutang budi dengan pengorbanan Muhammmad Nur Hadith yang melindungi yang sanggup menjadikan diri sebagai perisai dalam menjalankan tanggung jawab sebagai pengawal peribadi.

“Bayangkan (ketika kejadian) jika peluru tersebut terkena pada saya. Sudah tentu bayi dalam kandungan akan meninggal dan kesihatan saya juga merosot seperti Along.

“Saya terhutang nyawa dengan Along. Beliau menyatakan kepada saya bahawa ia adalah tanggungjawabnya yang dipegang dengan menjaga klien.

“Along juga juga teringat pesan emak saya agar menjaga saya baik-baik. Along tidak mengelak apabila diacukan pistol dan mengambil langkah terus menghalang saya dari terkena tembakan itu,” ujar Farah.

Biarpun Muhammmad Nur Hadith hanya menjalankan tugas, sebagai klien Farah mengenang budi dan menganggap bekas pengawal keselamatannya itu sebagai keluarga.

Sementelah katanya tahap kesihatan Along sedikit merudum berbanding dahulu.

“Kini Along sudah seperti famili dan menjadi tanggungjawab saya. Along tidak dapat bekerja seperti biasa dan menjalankan tugas lasak. Malah, apabila berdiri atau berjalan beliau terlalu cepat keletihan.

Baca juga: Kronologi insiden tembak pengawal peribadi di KLIA, isteri suspek masih trauma. ‘Doakan kesembuhan Along

“Berat badannya juga Along susut sebanyak 30 kilogram dan ia tidak mungkin akan kembali seperti dahulu kerana selera makan berkurangan.

Iklan

“Apabila makan Along akan cepat penat. Banyak perubahan pada diri Along sebelum dan selepas cedera ditembak baru-baru ini,” katanya.

Ujar Farah lagi, beliau bersimpati melihatkan keadaan Muhammmad Nur Hadith ketika ini, apatah lagi lelaki itu perlu menyara keluarga dengan keupayaan yang terhad. Bahkan, katanya pengorbanan lelaki itu wajar diberi penghargaan.

Baca juga: Suspek kes tembak KLIA dicekup di Kota Bharu bersama pistol, polis sahkan kejadian bermotifkan hal peribadi, 10 info berkaitan

“Sungguh saya terhutang nyawa kepadanya. Bagi saya Along layak diberi penghargaan kerana berani dan bertanggungjawab memegang amanah dalam tugasan.

“Saya memohon agar anda semua mendoakan kesihatan Along kembali seperti sedia kala. Along ada tanggungjawab kepada isteri dan tiga orang anak termasuk seorang yang bakal lahir November ini insya-ALLAH,” katanya.

Iklan

Terdahulu, Muhammmad Nur Hadith menjadi mangsa tembakan pada jarak dekat sekitar tiga ke empat meter jam 1.15 pagi di KLIA pada 14 April lalu.

Beliau yang cedera pada bahagian perut kemudian ditidurkan selepas pembedahan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Cyberjaya.

Suspek yang sebenarnya mensasarkan Farah Cie itu telah dicekup selepas lebih 24 jam di Kota Bharu, Kelantan dan dikatakan merancang untuk melarikan diri ke Makkah melalui Thailand.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!