PERJALANAN hidup setiap manusia sebenarnya sudah disusun cukup sempurna oleh pencipta-NYA. Bahkan setiap ujian yang datang menerjah adalah petanda ALLAH sayang!

Demikian pendirian teguh yang dipegang oleh Muhammad Afis Awis yang tidak pernah sedikit pun berpatah arang dengan ketentuan takdir selepas disahkan menghidap penyakit autoimun, artritis idiopatik juvana (JIA).

JIA ialah penyakit kronik yang boleh menyebabkan sakit sendi atau kekejangan, mengganggu pertumbuhan fizikal, kecacatan sendi, keradangan dan seterusnya mengancam nyawa.

Dianggarkan satu dalam 1,000 kanak-kanak dilaporkan menghidap penyakit JIA dan gangguan kesihatan itu terjadi kepada mereka yang berumur 16 tahun ke bawah.

penyakit jarang jumpa tanda ALLAH sayang

Kepada SinarPlus, Muhammad Afis memberitahu, meskipun kehidupannya tidak seperti insan normal yang lain, namun beliau bersyukur dengan nikmat ILAHI yang tiada galang gantinya.

“Alhamdulillah, dikelilingi dengan rezeki yang saya sendiri pun masih lagi rasa takjub. Bayangkan dengan keadaan fizikal saya seperti kanak-kanak dengan tak boleh kerja berat, namun diberikan pekerjaan tetap.

penyakit jarang jumpa tanda ALLAH sayang

“Paling saya tak lupa, saya dapat peluang sambung belajar peringkat diploma dengan biasiswa Karangkraf. Walaupun masa daftar kolej, semua orang ingat saya anak pensyarah bukannya pelajar, namun semua itu penguat semangat saya.

“Sekarang ini, persekitaran sosial dengan rakan sekerja yang baik, di samping kesihatan yang semakin okey membuatkan semua anugerah ALLAH itu cukup berharga,” katanya yang bersyukur dengan segala-galanya.

penyakit jarang jumpa tanda ALLAH sayang

Pemuda berusia 26 tahun itu berkata, kronologi kehidupan masa kecil cukup mencabar apabila dilahirkan tidak cukup bulan ketika usia kandungan tujuh bulan.

“Nak dijadikan cerita, saya diserang demam panas pada umur lima tahun sehinggakan semua sendi sangat sakit.

 

“Keadaan lebih teruk bila tangan membengkok, leher senget sehingga saya tidak mampu berjalan,” ceritanya yang menetap di Gong Badak, Terengganu.

Bayangkan pada saat itu, Muhammad Afis hanya sempat bersekolah di tadika selama seminggu sebelum dikatakan terlantar lebih dua tahun.

penyakit jarang jumpa tanda ALLAH sayang

Ketika mengimbau kenangan pahit tersebut, anak ketiga daripada tujuh beradik itu tidak dapat menyembunyikan rasa sedih tatkala mengenangkan dirinya tidak mampu bermain seperti orang lain.

“Masa itu saya masih ingat, nampak budak-budak bermain di taman permainan dekat kawasan rumah membuatkan saya sayu sangat. Emak cerita, saya hanya mampu merengek sahaja.

penyakit jarang jumpa tanda ALLAH sayang

“Puas berulang-alik ke hospital di Selayang, barulah keluarga dapat tahu punca penyakit saya. Lepas bergantung dengan ubat yang banyak, akhirnya saya sedikit demi sedikit boleh bangun,” imbaunya.

Ujar beliau lagi, pada usia tujuh tahun barulah dirinya dapat berjalan semula.

penyakit jarang jumpa tanda ALLAH sayang

Meskipun ubat yang disyorkan doktor dapat mengurangkan radang sendi, namun ia dikatakan membantutkan tumbesaran dan menyebabkan kegemukan.

“Tipulah kalau tiada orang yang mengejek dan merendah-rendahkan saya masa zaman sekolah kerana kelain bentuk fizikal. Bayangkan kawan-kawan lain tinggi, saya hanya paras dada mereka saja,” tutur graduan Kolej Cosmopoint kampus Kuala Terengganu berkenaan.

Eksperimen diri

Tidak mahu bergantung sepenuhnya dengan ubat, empunya diri nekad melakukan eksperimen diri demi susuk tubuh yang lebih baik.

penyakit jarang jumpa tanda ALLAH sayang

“Doktor pernah cakap, hanya ubat anti radang dan jenis steroid saja sebagai penawar, cuma kesannya saya tidak akan tinggi dan badan akan berisi buat selama-lamanya.

“Saya cuba ‘langgar’ risiko dengan mengurangkan dos sedikit demi sedikit dan alhamdulillah, saiz badan semakin susut dan tinggi daripada 128 sentimeter (sm) kini sudah mencecah 140sm,” ungkapnya dengan nada gembira.

Iklan

penyakit jarang jumpa tanda ALLAH sayang

Tatkala ditanya bagaimana jika serangan sakit sendi masih menyerang? Pembantu tadbir di Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) itu berkata, beliau bergantung dengan ubat tahan sakit sahaja.

Baca juga Wajah dan tubuh ditumbuhi bulu. Penyakit Jarang jumpa hipertrikosis undang masalah mental kepada penghidapnya

“Perubahan fizikal saya nampak lebih ketara selepas suntikan dos kedua vaksin Covid-19. Ramai yang perasan yang mana suara saya dah berubah, tinggi sikit, misai dan janggut mula tumbuh sikit demi sedikit.

penyakit jarang jumpa tanda ALLAH sayang

“Doktor yang merawat saya pun terkejut dengan perubahan itu. Saya yakin dan percaya kuasa ALLAH, segala-galanya boleh terjadi di luar jangkauan kita,” katanya.

Pemikiran positif

Percaya dengan keupayaan potensi diri walaupun masih menghidap JIA, Muhammad Afis sentiasa mencari solusi buat dirinya bertambah tinggi dan sihat.

penyakit jarang jumpa tanda ALLAH sayang

Iklan

“Saya pun punya impian untuk berumah tangga satu hari nanti dan mahukan persekitaran kehidupan sosial seperti orang lain. Jadi, tak salah untuk mencuba sesuatu.

“Sebagai contoh, saya berdepan masalah bantut dan kegemukan. Jadi, cuba cari jalan lain tanpa bergantung dengan ubat keterlaluan,” ungkapnya.

Baca juga Tompokan kecil disangka tanda lahir, si kecil ini tanggung penyakit jarang jumpa sampai kaki membengkok

Sebelum menutup perbualan, tuan punya badan turut menasihatkan orang ramai yang senasib supaya mengubah corak pemikiran untuk menjadi insan yang lebih positif.

penyakit jarang jumpa tanda ALLAH sayang

“Selagi tak jumpa betul-betul penawar untuk penyakit ini, jangan sesekali putus asa. Percayalah ALLAH sebenarnya sayang kita dan memberikan layanan istimewa.

“ALLAH nak tengok kita jalani kehidupan dengan bersungguh-sungguh dan menjadi umat-Nya yang reda. Kita juga kena bangga sebab lain daripada orang lain,” nasihatnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee