PEMERGIAN Pegawai Tidak Tauliah Kanan dari Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL), Sarjan Faridah Abd Rahman, 38, menghibakan.

Menghembuskan nafas terakhir ketika berada di Lubnan, kematiannya terus ditangisi termasuk adik bongsu arwah, Hafyzoh Abd Rahman, 21, yang berasa sayu mengenangkan kembali kata-kata kakaknya yang menjadi kenyataan.

“Kakak berada di Dubai ketika itu untuk ‘transit’ dan beritahu kami, dia akan pulang.

“Saya cakap kenapa tak buat kejutan saja, tapi dia balas ‘tengok-tengok sampai kain putih saja macam mana, nak sangat buat kejutan,” kata Hafyzoh.

Katanya, kakak sulungnya itu ada menghantar mesej melalui WhatsApp ketika dalam perjalanan pulang bercuti di Malaysia pada 18 April lalu.

Baca juga: Anggota Malbatt, Sarjan Faridah meninggal dunia di Lubnan. ‘Jumaat lalu pertemuan terakhir bersama 4 anak kami’

Baca juga: ‘Makcik terima takdir, dia ‘pergi’ dalam keadaan baik semasa bertugas.’ Ibu Sarjan Faridah akui arwah minat tentera

“Kami sekeluarga tidak fikir apa-apa masa dia cakap macam itu, tetapi apabila sudah jadi macam ini terus teringat balik kata-kata dia dalam WhatsApp.

“Sedih, sayu semua ada tapi kami reda dengan pemergiannya. Segalanya sudah tertulis,” katanya.

Tambah Hafyzoh, kakak sulungnya itu juga memuat naik dalam status WhatsApp memaklumkan berasa kurang sihat sepanjang perjalanan pulang ke Lubnan Sabtu lalu.

“Kakak ada tulis pada status WhatsApp bahawa perjalanan dirasakan teruk. Arwah tidak pernah tidak pernah jadi macam ni (mengalami situasi itu). Berjalan sikit pening kepala, dia kata”

“Saya lihat status itu pada pukul 10.17 pagi Sabtu. Apabila saya hantar mesej kakak sudah tidak balas. Saya menelefon, kawan kakak yang jawab kata arwah terjatuh,” katanya.

Baca juga: ‘Kawan ma suruh ambil adik. Ma sudah tiada..’; Perkongsian anak mangsa nahas helikopter TLDM undang sebak

Baca juga: Jasad cuma cedera di kepala, Nurfarahimi bakal tamatkan perkhidmatan beberapa bulan lagi, luah teringin naik helikopter sebelum pencen

Tangkap layar video Bernama TV

Seolah-olah sudah tahu akan pergi selama-selamanya, kata Hafyzoh, Allahyarhamah Faridah juga ada menyatakan sekiranya sesuatu berlaku apa-apa kepadanya, beliau sekurang-kurangnya sudah berjumpa keempat-empat anaknya sewaktu pulang bercuti ketika itu.

Iklan

Selain suami, Noor Azmi Ariffin, 39, pemergian pegawai tentera itu meninggalkan empat cahaya mata termasuk seorang yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down iaitu Nurul Jannah.

Allahyarhamah meninggalkan empat orang anak iaitu Nurul Syifa, 13, Muhammad Afnan, 10, Nurul Jannah, 7, dan Ainul Mardiah, 4 tahun.

Baca juga: ‘Mama pergi mana?’ Pertanyaan anak mangsa nahas TLDM, Joanna Felicia saat pengebumian meruntun hati

Faridah yang sudah 18 tahun berkhidmat berkhidmat dalam ketenteraan bertugas sebagai Penyelia Kanan Hal Ehwal Islam MALBATT 850-11 di Kem Marakah, Lubnan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan MALBATT 850-11 apabila rebah setelah turun dari bas di Kem Marakah.

Allahyarhamah disahkan meninggal dunia pada jam 2.25 pagi waktu Lubnan, Sabtu (7.25 pagi waktu Malaysia).

Iklan

Sumber: Buletin TV3

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!