AKTIVITI pendakian seorang remaja yang juga penghuni rumah kebajikan berakhir tragedi apabila ditemui tidak bernyawa dalam tempoh 24 jam dilaporkan hilang.

Remaja dikenali sebagai Adi Putra Effendi, 16, dikatakan menjalankan aktiviti riadah itu bersama penjaganya berusia 40-an dan dua rakan berumur 13 tahun.

Berikut kronologi kejadian yang menyayat hati:

1-Menurut Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan, Adi Putra bersama penjaga dan dua rakannya memulakan aktiviti pendakian kira-kira 7.50 pagi.

2-Bagaimanapun remaja itu hanya disedari hilang pada 12.30 tengah hari.

3-Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, Pusat Gerakan Operasi Selangor menerima panggilan kecemasan menerusi MERS 999 berkaitan kejadian mangsa sesat di Bukit Broga pada jam 4.08 petang.

4-Adi Putra yang beralamat di rumah kebajikan Sungai Buloh dipercayai sesat manakala penjaganya tidak ada bersama ketika kejadian kerana laluan untuk balik adalah berbeza.

Baca juga: Pendaki gunung sesak nafas meninggal dunia, sempat masak stok lauk untuk keluarga. 10 info anda perlu tahu elak kematian ketika mendaki

Baca juga: Mendaki bukan sekadar ikut kawan, kena tahu risiko dan penyakit yang mudah menyerang. Ini salah satu ancamannya

5-Susulan laporan yang diterima, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan oleh anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih termasuk agensi bantuan lain seperti Polis Diraja Malaysia, malim gunung, Ranjer Hutan, Pejabat Perhutanan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Pasukan Bomba Sukarela Serdang.

6-Gerakan mencari dan menyelamat itu merangkumi pencarian dari puncak satu hingga ke puncak tiga seluas 1.5 kilometer.

7-Kaedah yang digunakan dalam operasi tersebut adalah ‘sweeping searching’ dari puncak tiga hingga ke Pusat Kawalan Bomba.

8-Pencarian hari pertama ditangguhkan pada jam 2.30 pagi sebelum disambung semula.

9-Adi Putra ditemukan pada jam 2.50 petang.

10-Remaja tersebut dijumpai pada jarak 100 meter dari pintu gerbang Bukit Broga dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai terjatuh gaung pada kedalaman 10 meter selepas 19 jam operasi.

Baca juga: [VIDEO] Cergas, tak pancit, nenek tular mendaki pakai jubah

Baca juga: ‘Lempar pelampung dan berenang tetapi…’ Isteri luluh lihat suami hanyut depan mata, berikut kronologi kejadian

11-Lokasi itu adalah kawasan berbatu berhampiran lorong pendakian.

12-Pada jam 3.42 petang, beliau telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia.

13-ACP Mohd Zaid berkata mayat remaja itu dibawa ke Hospital Kajang untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

14-Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian terbabit boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sub Insp Mohd Yusoff Nor di talian 019-9132784, bagi membantu siasatan.

Baca juga: Ini amalan doa masuk hutan, wanita suka hiking & berkhemah, berkelah wajib tahu

Baca juga: [VIDEO] Pemuda batal niat hiking, pikul sampah 10kg bersihkan laluan pendakian

Iklan

Baca juga: ‘;Bukan kehilangan tapi memulangkan.’ Rangka ditemui selepas 36 hari, isteri reda Muhammad Syafiq sudah tiada, akui suami terbaik

TIPS MENDAKI BUKIT ATAU GUNUNG

1. Selidik
Selidik terlebih dahulu lokasi pendakian. Setiap lokasi berbeza perjalanan dan pendakiannya.

2. Cuaca
Semak ramalan cuaca sebelum meneruskan perjalanan. Jika semalam hujan lebat, dan anda merancang untuk mendaki keesokan pagi, perlu diingat bahawa denai laluan berkemungkinan becak, berlumpur dan sedikit berbahaya.

3. Kasut
Pakai kasut mendaki yang sesuai untuk kaki.

5. Stamina
Sebelum memulakan pendakian, anda dinasihatkan supaya membuat sedikit senaman ringan sekurang-kurangnya selama lima hingga 10 minit bagi mengelakkan otot menjadi kejang sejurus memulakan pendakian.

Iklan

6. Makanan  dan minuman
Digalakkan mengambil makanan ringan seperti bijirin sebelum memulakan pendakian. Sediakan makanan ringan seperti coklat atau energy bar dan air. Minuman isotonik bagus untuk menggantikan garam dalam badan yang keluar semasa berpeluh dan boleh mengelakkan kekejangan otot.

7. Kemampuan
Mendaki mengikut kemampuan diri.

8. Percakapan dan adab
Bila memulakan perjalanan, bacalah Bismillahirahmanirahim dan berdoalah supaya dipermudahkan perjalanan. Jangan berkata-kata tidak baik ketika dalam perjalanan.Tunggu sehingga selesai pendakian untuk menceritakannya.

9. Semangat setiakawan
Selalunya aktiviti mendaki dilakukan dalam satu kumpulan.Penting bagi setiap anggota mengambil berat keadaan teman-teman lain sepanjang sepanjang pendakia dan bukannya  mementingkan diri sendiri untuk kepuasan peribadi.

10. Mental
Pendaki digalakkan untuk sentiasa berfikiran positif dan tidak mementingkan diri. Misalnya mendaki dengan pantas kerana ingin pulang cepat hingga mengabaikan aspek keselamatan ahli yang lain.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!