Tiru produk sambal, Khairul Aming tampil dengan 8 tuntutan

USAHAWAN dan juga pempengaruh media sosial, Khairul Aming, telah menghantar surat tuntutan kepada seorang usahawan yang didakwa meniru produk ‘Sambal Nyet’ miliknya.

Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman memaklumkan pihaknya sudah mengenal pasti identiti usahawan berkenaan.

Kata selebriti masakan itu, peguamnya telah pun menghantar surat tuntutan bagi pelanggaran hak harta intelek.

“Terdapat lapan tuntutan yang kami senaraikan, dan sekiranya beliau gagal memenuhi semua tuntutan ini, kami akan membawa kes ini ke peringkat seterusnya.

Baca juga 20kg turun dalam masa 12 bulan, kejayaan Khairul Aming inspirasi geng diet. Dah tak mengah, muat baju lama

Kredit foto: Instagram Khairul Aming, TV3

“Sambal Nyet telah didaftarkan sebagai tanda dagangan dengan MyIPO dan diluluskan pada 2 November 2021, ujarnya.

Tambah anak kelahiran Kelantan itu, beliau menyokong perniagaan usahawan kecil, namun hanya jika ia dilakukan dengan beretika.

“Kalau ada produk, juallah menggunakan identiti dan jenama sendiri. Carilah rezeki dengan cara yang berkat,” katanya.

Baca juga Sedapnya tom yam ‘goong’ Khairul Aming, masam, pedas & creamy! Nak lagi power letak 1 bahan ini, lebih kick

Iklan

Terdahulu, seorang usahawan tular di media sosial apabila menggunakan nama ‘Sambal Nyet’ sebagai nama produk pes cili yang dijualnya.

Peniaga itu turut didakwa menggunakan format pemasaran yang serupa dengan Sambal Nyet milik Khairul Aming.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!