BERJAUHAN dengan suami dan anak-anak membuatkan Yasmien Aiezzam Yasin nekad meletak jawatan sebagai guru selepas lebih empat tahun berkhidmat.

Bekas guru subjek Sejarah dan Geografi di sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang itu mengakui, turut menghadapi kemurungan akibat menanggung kerinduan terutama terhadap tiga anaknya masih kecil ketika itu.

Pemilik nama sebenar, Yasmien Aiezzam atau lebih mesra dengan panggilan Mien berkata, jiwanya tidak tenang dan sentiasa menangis mengenangkan anak-anak menyebabkannya tidak dapat menumpukan perhatian ketika mengajar di dalam kelas.

Baca ni Cabar diri ceburi bidang dipelopori kaum Adam, Noor Harnani wanita Melayu pertama kendali bisnes minyak masak

Sandwich

“Ketika itu juga, saya sedang hamil anak keempat dan tidak kuat untuk hidup sendirian tanpa suami dan keluarga.

“Setiap hari saya menangis teringatkan anak-anak yang masih kecil dan setiap tahun juga mengisi borang permohonan berpindah mengajar di Kelantan tetapi gagal,” dedahnya lagi.

Bagaimanapun, selepas meletak jawatan pada tahun 2016, Mien mengambil keputusan melakukan pelbagai jenis perniagaan sambil menjaga anak.

“Terlalu sukar untuk meneruskan kerja sehingga saya kemurungan dan berfikir melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Bercakap kepada pemberita, Mein mengakui berusaha sendiri dan kini teguh sebagai peniaga sandwic sejak enam bulan lalu.

 

Pemakanan sihat

Berkongsi kejayaan memulakan perniagaan sehingga sandwicnya dikenali di Kelantan, kata Mien, selepas melahirkan anak kelima pada Februari 2022, berat badannya meningkat.

Sebelum ini dia tidak memikirkan pernah memikirkan gaya hidup dan pemakanan sihat menyebabkan berat badan mencecah lebih 80 kilogram (kg).

“Saya lebih suka hidangan manis. Selepas mengalami ketidakselesaan akibat kegemukan, saya berusaha menurunkan berat badan.

“Jadi saya fikir makanan yang sesuai dan boleh dimakan setiap hari ialah sandwich dengan mempelbagaikan jenis inti sesuai untuk diet,” katanya.

Baca juga 10 tahun dalam bidang akaun, Nor Anida nekad berhenti kerja & buka bisnes makanan online. Wanita ini kongsi rahsia

sandwich 1

Selepas itu, Mien turut berkongsi makanan sihatnya di media sosial dan tidak menyangka mendapat sambutan daripada rakan-rakan terdekat sebelum mula menerima tempahan.

Kini, selepas enam bulan memulakan perniagaan secara serius, sandwic dari resipi sendiri itu mula mendapat sambutan meluas dan tular di media sosial.

Menurut Mien, cabaran berniaga makanan sihat ialah perlu bangun seawal jam 3 pagi bagi menyiapkan bahan yang diperlukan supaya kekal segar sehingga waktu sarapan.

Iklan

Kongsinya lagi, ada juga pelanggan yang menempah sandwic untuk minum petang dan mereka tidak berkira mengenai harga kerana tahu kualiti serta khasiatnya.

Baca lagi Sukar dapat kerja sebab berhijab, bekas guru & TikTokers ini akhirnya buka restoran halal di Korea!

Pengorbanan berbaloi

Ibu berusia 35 tahun itu mengakui teruja kerana usahanya berbaloi selepas mendapat sambutan daripada penggemar sandwic terutama pelanggan yang tidak menggemari gula atau garam tambahan dalam makanan.

Sehingga kini Mien menyediakan juadah tersebut dengan 20 inti menggunakan bahan segar kerana dimasak sendiri di rumah.

sandwich 2

Iklan

“Buat masa ini, saya dapat menjual antara 130 hingga 200 sandwic dalam sehari dan antara yang popular ialah Korean chicken, chicken crispy serta Korean beef,” katanya.

Mien kini boleh berbangga kerana keputusan sukarnya dibuktikan dengan kejayaannya sebagai peniaga sandwic malah turut diakui suaminya, Mohd Faiz Husaini, 37.

“Alhamdulillah, pengorbanan saya berbaloi bukan sahaja untuk anak-anak malah kepuasan diri sendiri kerana dapat mengurus anak-anak dan berjaya dalam perniagaan,” katanya.

Mien turut menyimpan impian menjadi guru kepada mereka yang berminat membuat dan berniaga makanan sihat itu dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!