SETIAP kali plan nak bercuti ke luar negara, mesti banyak benda yang nak kena fikir sedalam-dalamnya termasuklah bajet.

Kalau dapat berlibur dengan kos yang murah dan berbaloi, memang bertuahlah badan.

Perkongsian menarik daripada Amalina Syafiqah menerusi akaun TikTok nampaknya melegakan ramai kaki jalan yang nak terbang ke negara orang.

Walaupun kalian hanya ada peruntukan ciput, namun jangan bimbang kerana dengan bajet RM1,000 jer dah boleh bercuti ke Medan, Indonesia.

bercuti medan

Medan antara destinasi pelancongan yang disyorkan kerana merupakan bandar ketiga terbesar di Indonesia.

Selain mempunyai lokasi alam semula jadi yang cantik, tempat makan yang murah dan sedap memang banyak.

Pendek kata, soal makan dan hotel taklah mahal sangat dan masih dalam kemampuan kalian.

bercuti medan

Cerita Amalina, bandar yang terletak di bahagian Sumatera Utara itu mempunyai pilihan destinasi yang menarik.

Beliau yang sudah banyak kali menjejaki tempat tersebut mengesyorkan untuk mendapatkan khidmat pak supir bagi memudahkan perjalanan.

Berikut antara lokasi yang dikunjungi tanpa bajet besar:

bercuti medan

1. Masjid Raya Medan
– Merupakan salah satu masjid tertua di Medan dengan reka bentuk yang klasik dan unik.
– Dibina pada 1906 dan siap pada tahun 1909.
– Seni bina dikatakan cetusan gabungan unsur Maghribi, Eropah dan Mesir.

bercuti medan

2. Istana Maimun
– Bangunan istana yang dibina pada tahun 1888 dengan kisah sejarah tersendiri.
– Selain menerokai reka bentuk istana, orang ramai yang datang boleh mencuba pakaian tradisi Diraja Medan untuk gambar kenangan.

 

3. Bah Damanik
– Salah satu tempat rekreasi dengan air sangat jernih persis kristal.
– Boleh bermandi-manda, piknik di kawasan yang disediakan.
– Boleh cuci mata di kawasan ladang teh yang terletak berhampiran.

Baca juga Percutian bajet untuk 7 destinasi luar negara, pemuda ini kongsi tip menarik

bercuti medan

4. Pulau Samosir
– Perjalanan lebih kurang dua jam untuk ke Pulau Samosir.
– Sebelum itu, disyorkan singgah makan di Restoran Panorama yang menghidangkan masakan Minang.

bercuti medan– Untuk ke pulau tersebut, perlu menaiki feri merentasi Tasik Danau Toba.
– Tempat pertama menjadi persinggahan ialah Huta Siallagan yang kaya dengan sejarah penempatan suku Batak.

Baca juga Trip ke Hat Yai Thailand dengan bajet bawah RM100, lelaki ini kongsi 8 pilihan hotel murah & mampu milik

bercuti medan

Iklan

5. Holbung Hill
– Puncak bukit boleh melihat panorama Tasik Danau Toba.
– Danau terbesar di Indonesia yang terbentuk daripada letusan gunung berapi.
– Menariknya, ia mempunyai keluasan 100 kilometer (km) panjang dan kelebaran 30km, manakala kedalaman mencecah 500 meter (m).

6. Air Terjun Efrata
– Tempat healing wajib pergi jika berkunjung ke Medan.
– Mempunyai ketinggian 25m dan mempunyai view OOTD yang cantik.

bercuti medan

7. Air Terjun Sipiso Piso
– Kalian perlu turun lebih kurang 1,000 anak tangga untuk pergi ke kawasan air terjun berkenaan.
– Ia merupakan salah satu air terjun tertinggi di Indonesia iaitu 120m.

Tidak sah kalau datang ke Medan tanpa mencuba makanan signatur seperti ayam penyet.

bercuti medan

Kongsi Amalina, antara restoran pilihan yang mereka kunjungi adalah Cinde Laras yang menawarkan menu dengan porsi puas hati.

“Rindu betul nak makan masakan Indonesia sebab last Malin pergi Indonesia adalah pada sembilan tahun lepas.

Iklan

bercuti medan

“Sebelum ini, Malin sudah pergi ke Jakarta, Jogjakarta, Bandung dan Padang. Kita tak pernah bosan datang ke sana sebab banyak tempat yang best, murah dan orang pun baik-baik,” katanya.

Menarik juga perkongsian doktor manis tersebut. Jadi, kalau kalian merancang untuk bercuti ke Medan, bolehlah pertimbangkan itinerari yang dikongsikan.

Paling syok, dapat makan hidangan enak dan berehat dengan puas! Okey, selamat berhujung minggu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee