Dalam sehari, mesti kita tidak terlepas dari menggunakan minyak masak kan? Tidak kira la digunakan untuk masakan jenis gorengan atau tumis. Betul tak?

Selalunya bila digunakan untuk menggoreng, berapa kali anda akan guna minyak masak tersebut? Itulah persoalan sama yang diajukan oleh doktor dan juga pempengaruh media sosial, Dr Malar Santhi Santherasegapan ketika mengupas isu ini.

“Berapa kali boleh ulang guna minyak masak? Ada yang ulang 10 kali, ada yang ulang 3 kali je, ada yang lepas sekali guna terus buang. yang mana satu betul?

“Setiap kali dipanaskan dan digunakan dalam masakan, minyak masak akan melalui proses pengoksidaan, polimerisasi dan juga proses hidrolisis.

“Ketiga-tiga proses ini akan menyebabkan bertambahnya jumlah asid bebas lemak di dalam minyak tersebut yang mana secara langsung dan tidak langsung ia boleh menyebabkan berubahnya warna kepekatan ataupun kelikatan serta bau minyak tersebut.

“Sebab tu lah kita semua kena berhati-hati bila ulang guna minyak masak,” jelas Dr Malar.

Jadi, bila masa sesuai untuk menggantikan atau buang minyak yang telah digunakan itu?

Minyak perlu digantikan sekiranya :-
1. Berubah warna menjadi warna perang pekat.
2. Tekstur menjadi lebih likat ataupun menjadi lebih pekat.
3. Bau minyak jadi tengik.
4. Terlampau banyak asap dihasilkan bila kita guna minyak tersebut.

Tambah Dr Malar, minyak masak yang sudah mengalami perubahan sifat seperti ini sebenarnya sudah ada banyak radikal bebas yang boleh merosakkan sel serta molekul di dalam tubuh kita, sekali gus menyebabkan banyak masalah kesihatan seperti masalah jantung, kanser dan lain-lain lagi.

Baca juga : ‘Tahajud, solat hajat & berdoa.’ 4 pesalah juvana Sekolah Integriti, Henry Gurney cipta sejarah, cemerlang SPM 8A di sebalik tirai besi

Baca juga : Anggap hadiah anniversary, Fedtri Yahya luah rasa syukur anak selamat berkhatan. ‘Budak apam menuju dewasa’

Oleh sebab itu, kita disarankan untuk ulang guna minyak masak maksimum tiga kali sahaja.

Malah, Dr yang popular dengan segmen videonya Celoteh Dr Malar juga mencadangkan untuk guna minyak masak lebih lama, dan panjangkan jangka hayat haruslah menggunakan cara penggorengan yang lebih sesuai seperti :-
1. Elakkan menggunakan salutan-salutan yang mengandungi tepung ataupun rempah kari
2. Sebelum nak simpan minyak yang telah digunakan itu, biarkan sebentar sehingga sejuk.
3. Kemudiannya baru tapis.
4. Simpan di tempat yang tidak terkena dengan sinaran matahari
5. Elakkan mencampur minyak masak yang dah lama dengan minyak masak yang baru kerana kualiti kesemua minyak masak lama dengan baru itu akan menurun.

Jadi, gunakanlah kaedah yang lebih sesuai untuk simpan dan boleh sekiranya mahu ulang guna minyak masak anda tetapi ingat, bila tiba masa kena buang, buanglah.

Iklan

Dalam pada itu, Dr Malar juga sempat berpesan supaya jangan buang dalam longkang atapun singki di rumah anda sebab ia boleh merosakkan silaturahim anda dengan jiran.

Ini kerana pembuangan minyak sebegini boleh menyebabkan tersumbatnya sistem pengaliran di rumah anda.

Jadi, nak buang ke mana minyak masak yang telah digunakan tu? Caranya :-
1. Sejukkan dulu minyak masak tersebut
2. Kumpul dalam bekas yang tertutup
3. Buang ke dalam tong sampah atau dekat pusat pengutipan minyak masak terpakai.

Iklan

Jadi, ingat tau! Bila guna minyak tu jangan sampai keterlaluan kondisi minyaknya. Satu lagi, jangan buang dalam singki ataupun longkang pula ye!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!