SEJAK kebelakangan ini, banyak betul destinasi steamboat dan gril yang menawarkan bufet makan sampai kenyang. Memang rugi kalau dilepaskan macam itu saja.

Apatah lagi jika harga ditawarkan memang mampu milik. Mana tidaknya, terdapat beberapa restoran yang menawarkan kadar serendah RM29.90.

Malah, ada lagi murah daripada nilai itu mengikut kawasan tertentu.

Bukan sahaja lebih 50 pilihan makanan seperti daging, ayam, kambing perap, bahkan hasil seafood yang segar juga dihidangkan.

steamboat & grill

Bayangkan ketam, lala, udang, sotong, pepahat dan banyak lagi terhidang di depan mata. Memang puas hati!

Tak cukup dengan aneka salad, bebola ikan, kek ikan, crab stick, malah deserts seperti aiskrim, cendol, air batu campur pun ada.

 

Carian SinarPlus di media sosial mendapati, ramai netizen berkongsikan lokasi menarik yang boleh dicuba buat penggemar stimbot dan panggang.

Berikut pilihan yang boleh disinggahi nanti:

steamboat & grill

1. Malaya Steamboat & Grill
Alamat: Lot 65089, Persiaran Puchong Prima, Puchong, Selangor
Waktu operasi: 5 petang hingga 11 malam
Facebook: Malaya Steamboat & Grill Puchong Prima
Instagram: @lapaq.stesen

steamboat & grill

2. Monster Planet
Alamat: Lot 3662-A, Jalan Besar, Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 5 petang hingga 11.30 malam
Facebook: Monster Planet Grill & Steamboat
Instagram: @monsterplanetshahalam

Baca juga Shellout Paperoger memang wow! Menu istimewa udang kara, ketam Raja Merah Alaska jadi tumpuan    

steamboat & grill

3. Hot Pot King
Alamat: B-G-1, Jalan Kepayang Off, Pusat Komersial Jalan Kuching, Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: 3.30 petang hingga 11 malam
Facebook: Hot Pot King
Instagram: @hotpotking_hq

steamboat & grill

4. Maohu Steamboat and Grill
Alamat: No 5, Jalan Sentul Perdana, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 11.30 malam
Facebook: Maohu Steamboat & Grill
Instagram: @maohusteamboatgrill

Baca juga Kambing panggang dengan sensasi rempah terpilih, kulinari enak Warisan Bonda Mardhiyyah Hotel & Suites jadi tumpuan bulan Ramadan

steamboat & grill

5. Queen City Steamboat & Grill
Alamat: Terrace Trec, 438, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 4 petang hingga 3 pagi
Facebook: Queen City Steamboat And Grill Trec KL
Instagram: @queencitysteamboatandgrill

6. Eat BBQ Restaurant
Alamat: Lot 15-16, Level LG, Paradigm Mall, Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Facebook: Eatbbq Restaurant Malaysia
Instagram: @eatbbq.my

Iklan

Pappa Steamboat & Grill

7. Pappa Steambot & Grill
Alamat: 2 Jalan Diplomatik 2/1, Presint 15, Putrajaya
Waktu operasi: 5.30 petang hingga 11 malam
Facebook: Pappa Steamboat & Grill
Instagram: @pappa_steamboatgrill

steamboat & grill

8. Rot Thai Buffet
Alamat: Lot B-G04, Jalan Makmur, Taman Sri Gombak, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 4 petang hingga 12 malam
Facebook: Rot Thai Buffet Steamboat & Grill – Wangsa Maju
Instagram: @rotthaibuffet_wangsamaju

Memang menarik dan berbaloi jika pergi bersama anak beranak.

Si kecil pun suka sebab banyak pilihan yang boleh mereka cuba kerana ada pilihan kuah tak pedas.

steamboat & grill

Iklan

Kalau kena dengan selera, pilihan keju leleh yang dimasak bersama pilihan lauk pun boleh buat anak-anak teruja.

Okey! Selamat mencuba.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang