RUANG tamu boleh diibaratkan sebagai ‘jantung’ bagi setiap kediaman. Manakan tidak, di situlah ruang buat keluarga bersantai dan berkumpul beramai-ramai.

Namun, kesibukan bekerja dan tugasan harian menyebabkan keinginan untuk menghias kediaman anda terbantut.

Tiada idea, terlalu banyak idea atau bergaduh dengan pasangan sebab tidak sependapat pun menjadikan kita pening, kan.

Baca ni Dulu kereta mewah, kini pelakon Saharul Ridzwan jual rumah pula. ‘Dengan pengorbanan akan datang kemanisan’

Justeru, kecil mahupun besar sesebuah ruang tersebut, ia berfungsi demi mencipta atmosfera yang tenang dan mendamaikan bagi syurga keluarga anda.

Berikut 10 tip sebagai panduan daripada pengasas Ai Curtains Home Furnishing Sdn Bhd, Aida Haswani Abu Hasaan, bagaimana untuk menghias ruang tamu:

Tetapkan tema
Mulai dengan menentukan tema atau gaya dekorasi yang ingin Anda terapkan.
Apakah anda menyukai gaya minimalis, moden, vintage, atau mungkin bohemian?
Pilih tema yang mencerminkan keperibadian dan keutamaan anda.

Pilih warna utama
Pilihlah warna utama untuk ruang tamu anda. Warna-warna natural seperti putih, kelabu, atau krim seringkali menjadi mewujudkan suasana tenang kerana dapat melengkapi pelbagai gaya dekorasi.

Baca juga Kreatifnya wanita ini dekor bilik bawah tangga jadi stor simpan barang. Cantik, tersusun kemas & praktikal!

Susun hias langsir
Pilih langsir yang sesuai dengan tema dan warna ruang tamu anda. Pastikan cukup panjang untuk mencipta kesan tinggi dan elegan.
Jika ruang tamu anda kecil, pertimbangkan langsir yang tipis dan lut sinar untuk membiarkan cahaya masuk.

Susunan rapi hiasan
Single chair misalnya, boleh dipindahkan ke ruang lain jika benar-benar tidak digunakan.
Atur ruangan agar menjadi setenang yang mungkin merupakan perkara yang penting.
Setiap sudut dan sisi ruangan dapat dimanfaatkan semaksimum mungkin. Contohnya, dengan menempatkan tanaman indoor agar ruang kelihatan lebih sejuk dan segar.

Pilih sofa yang sesuai
Selain langsir, sofa adalah pusat perhatian dalam ruang tamu. Pilihlah sofa yang sejuk mata memandang dan sesuai dengan tema ruangan anda.
Pastikan juga ukurannya sesuai dengan ukuran ruang tamu anda agar tidak terlihat terlalu besar atau terlalu kecil.

Baca lagi 6 cara wangikan bilik tidur guna bahan semula jadi, confirm hilang bau hapak & kepam

Perabut yang sesuai
Pilih perabut tambahan seperti coffee table, wing chair, atau rak buku yang sesuai dengan tema dan warna ruang tamu anda.
Gunakan lapik meja atau table runner yang cantik dan sesuai Pastikan juga mereka tidak menghalangi aliran lalu lintas di ruangan.
Perabot yang terlalu berlebihan akan membuatkan ruang rumah terasa sempit. Elakkan perkara tersebut terjadi.

Iklan

Memilih kertas dinding atau cat
Jika anda memilih kertas dinding, pilihlah motif dan warna yang sesuai dengan tema ruangan anda.
Untuk ruang tamu yang kecil, pertimbangkan menggunakan kertas dinding dengan motif yang lebih kecil untuk menciptakan ilusi ruang yang lebih besar.
Jika anda lebih suka cat, pilihlah warna yang neutral atau lembut untuk menciptakan suasana yang tenang dan menyenangkan.

Lantai vinyl atau spc
Lantai vinyl atau spc (stone plastic composite) adalah pilihan yang bagus untuk ruang tamu karena tahan lama, mudah dibersihkan, dan tersedia dalam berbagai motif dan tekstur yang menyerupai kayu atau batu alami.
Pilihlah yang sesuai dengan gaya dekorasi anda dan sesuaikan dengan warna dinding dan perabot anda.

Perhatikan pencahayaan
Pastikan ruang tamu anda memiliki pencahayaan yang cukup. Gabungkan pencahayaan semulajadi dengan lampu down light, lampu meja dan lampu dinding untuk menciptakan suasana yang nyaman dan sesuai untuk menyambut tetamu.

Iklan

Sentuhan akhir
Tambahkan sentuhan akhir dengan aksesori dekoratif seperti bantal, permaidani, lampu gantung, lukisan, atau bunga hiasan. Ini akan memberikan ruang tamu memiliki sentuhan peribadi dan membuatnya terasa lebih lengkap.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang