MESKIPUN baru beroperasi sejak Julai tahun lalu, Rumah Makan yang terletak di Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Pinang sudah menjadi destinasi pilihan ramai untuk bersarapan pagi.

Tidak hanya menyajikan menu tradisional seperti peknga berintikan kelapa dan pisang, orang ramai juga boleh mencuba Kuetiau Goreng Tok Mama, Nasi Lemak Ayam Perap, roti bakar gulai ikan seekor, lontong dan nasi impit kuah kacang daging.

Pemilik Rumah Makan, Muhammad Syafiq Mujamil berkata, sajian peknga kelapa wajib dicuba kerana dibikin dengan stail tersendiri demi menghasilkan rasa enak yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Pulau Pinang Rumah Makan

Pulau Pinang Rumah Makan

Pulau Pinang Rumah Makan

“Isi kelapa tersebut kami goreng terlebih dahulu bagi menghilangkan ‘air’ sebelum dimasukkan ke dalam bancuhan tepung. Bila dimasak dengan api perlahan, isi kelapa itu akan lebih rangup dan terasa ketika dimakan.

“Lagi sedap kalau dinikmati bersama gulai ikan seekor atau sambal ikan bilis. Sambal ini memang saya buat sendiri dengan lebihkan ikan bilis supaya rasanya lagi sedap,” katanya.

Pulau Pinang Rumah Makan

Jika mahukan kelainan, pelanggan boleh memilih untuk menikmati pilihan menu Mat Saleh seperti Big Breakfast terdiri roti bawang putih, telur cincang, kentang goreng, kacang panggang dan koktel mini.

 

Kongsi usahawan berusia 29 tahun itu, sebelum ini premisnya turut menghidangkan aneka roti kukus yang merupakan air tangannya sendiri.

Pulau Pinang Rumah Makan

“Resipi adunan roti ini menggunakan sukatan saya. Memang lembut, gebu dan tahan lama tetapi kita terpaksa menghentikan menu tersebut buat sementara waktu,” ujarnya ketika dihubungi baru-baru ini.

Muhammad Syafiq berkata, kebanyakan lauk-pauk di Rumah Makan dimasak dengan penuh kasih sayang oleh ibunya, Hanizah Othman, 54, dan mertua, Suraya Sulaiman, 54.

“Tanpa mereka, saya tak mampu nak sediakan lauk klasik yang orang suka makan. Rugi kalau tak rasa nasi impit kuah kacang daging dan lontong jika datang ke sini,” katanya.

Pulau Pinang Rumah Makan

Pilihan minuman di Rumah Makan juga menarik perhatian SinarPlus. Selain coffee latte, mereka menyediakan minuman laku keras iaitu Rose Chocolate.

“Kena cuba baru tahu rasanya, memang sedap lebih-lebih lagi dibuat oleh barista berpengalaman kami,” dedah bekas jurutera itu sambil tertawa.

Iklan

Baca juga Ini 4 destinasi taman tema air indoor di Pulau Pinang. Tak perlu berpanas, mak-mak pun senang nak pantau anak-anak

Kami turut bertanya tentang dekorasi premisnya yang juga merupakan rumah pusaka dan sarat dengan elemen vintaj.

Pulau Pinang Rumah Makan

Ujarnya, teratak warisan tersebut sering mencuri perhatiannya setiap kali melalui kawasan berkenaan yang terletak berhampiran dengan rumah.

“Hampir tiga bulan saya memujuk tuan rumah untuk disewa. Pada mulanya memang pemilik berat hati sebab ia harta peninggalan keluarga tapi akhirnya dia setuju dengan syarat yang dipersetujui bersama.

Baca juga ‘Sebiji’ macam rasa masakan di Hatyai, Restoran Kak Roh Kitchen di Pulau Pinang jadi buruan ramai

Iklan

“Pembukaan premis ini juga antara impian saya bersama keluarga. Jadi, dekor klasik ditambah menu unik diharapkan terus menarik lebih ramai orang,” katanya penuh semangat.

Pulau Pinang Rumah Makan

Rumah Makan
Alamat: 108, Block J MK12, Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Pinang
Waktu operasi: 8 pagi hingga 1 petang
Menu signatur: Roti kukus sambal ikan bilis, roti kukus daging rendang, lontong dan Kuetiau Goreng Tok Mama
Instagram: @rumahmakan.pg

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee