PEMPENGARUH terkenal Hafiz Mahamad dan isteri, Syafiqah Aina baru-baru ini berkongsi rumah baharu mereka meraih perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik menerusi media sosial milik pasangan sejoli itu tampak mewah dan menarik dengan dekorasi moden. Cukup mempesona mata memandang.

Baca ni Buat kejutan hadiahkan isteri, ibu bapa mentua pakej haji sempena birthday, Hafiz Mahamad undang air mata warganet

ainaaRupa-rupanya sebelum ini, personaliti media sosial berkenaan hanya menyewa. Biarpun kediaman itu sudah cukup selesa, namun mereka memilih untuk memiliki rumah sendiri yang lebih besar dan selesa. Sementelah anak-anak kian membesar.

Peluang warga maya melihat sekitar kediaman tersebut membuatkan ramai yang melahirkan rasa kagum dan memuji keindahan dekorasi yang dipilih pasangan tersebut.

Memilih konsep muji aestetic untuk syurga keluarga itu, dedah Hafiz, kediaman itu adalah milik Aina sepenuhnya.

Baca juga Bergelut demi staf cium Hajar Aswad, tindakan Hafiz Mahamad undang kritikan.⁹ ‘Umrah adalah ibadah, bukan pelancongan kerohanian’ – Dr Zulkifli

syafiqah ainaaLebih manis lagi, sambutan raya tahun ini lebih bermakna bila pasangan tersebut menyambutnya di kediaman baharu.

“Happy sangat bila tengok anak-anak masuk rumah. Rasa rindu pula dengan rumah sewa kami sebelum ini kerana banyak kenangan dekat situ.

“Saya happy bila Aina terima je kita hidup sederhana dan duduk menyewa selama ini. Dia tak pernah nak demand macam-macam dan itu buat saya sebagai suami gembira.

“Rumah baharu ini pun memang milik isteri sepenuhnya, saja buat macam tu, biar ada rasa sedar diri yang saya menumpang rezeki isteri selama ini,” ungkap lelaki berusia 31 tahun itu.

syafiqah ainaDedah bapa kepada dua cahaya mata itu lagi, selama ini beliau memilih untuk menyewa memandangkan mahu fokus memajukan bisnes terlebih dahulu sebelum akhirnya membuat keputusan untuk membeli dan tinggal di rumah sendiri.

“Ramai yang tanya saya dan Aina sebelum ini, kenapa menyewa selama ini sedangkan bisnes bagus.

“Alhamdulillah, selama ini saya dan Aina fokus bangunkan jenama Aina Beauty terlebih dahulu. Tak sangka, ALLAH datangkan team yang baik-baik dalam hidup kami dan dari situ ada satu perasaan yang susah nak diceritakan.

hafiz“Saya dan Aina malu jika kami berlebih-lebih terlalu jauh dari mereka.kami beli rumah pun selepas dah sediakan tempat selesa untuk team bekerja. Team Agent Stokis Ainaa pun dah ramai yang ada rumah sendiri.

“Saya ada mohon izin isteri, kalau nak beli rumah, biarlah nilai komitmen rumah itu kalau team dengar, nilai itu team mampu bayar atau beli. Tak nak dengar reaksi, ‘weh mahalnya.’

“Alhamdulillah, rumah baharu ini cukup selesa untuk keluarga kecil kami. Taklah besar atau kecil.Mohon banyak kasih sayang dan kenangan yang terbina di sini,” jelas beliau dengan panjang lebar.

Hafiz Mahamad Sekadar makluman, pasangan itu membeli rumah jenis bertingkat lot tepi. Biarpun simple, namun rekaan dalamannya cukup menark, mewah dan elegan.

Iklan

Menerusi video terbaharu, mereka memaparkan ruang yang terdapat dalam kediaman tersebut.

Pemilihan rona cerah seperti off white , beige dan sentuhan coklat menyerlahkan suasana.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang! 

Iklan