TAK perlu plan bercuti jauh-jauh jika di Selangor sudah ada pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi.

Sudah tentunya, sebelum para ibu bapa merancang sesuatu percutian, soal lokasi, bajet, servis pengangkutan, keunikan sesebuah tempat dan jarak menjadi kriteria penting.

Bagi mereka yang mempunyai anak kecil, ciri kolam mandi, taman tema air dan zoo mini haiwan jinak wajib ada dalam senarai percutian.

Lagi berbaloi jika semua itu dapat dilakukan di satu tempat saja tanpa perlu pergi ke tempat lain. Jimat masa, wang ringgit dan juga tenaga. Betul tak?

Selangor

Ketua Maxim Shah Alam, Mior Mohd berkata, konsep bandar moden yang terletak berhampiran ibu negara mempunyai tarikan tersendiri.

“Lebih-lebih lagi ketika musim cuti sekolah, ramai pengunjung dari seluruh negara menghabiskan masa mengunjungi lokasi tumpuan kerana dekat dengan semua tempat.

 

“Justeru, kami menyediakan beberapa tempat tarikan pelancong yang terbaik untuk memenuhi percutian berdasarkan pilihan pengguna di Selangor,” katanya.

Sempena minggu terakhir cuti sekolah, Maxim E-hailing menyenaraikan lima destinasi jalan-jalan mesra kanak-kanak yang boleh dipertimbangkan.

Selangor

i-City
– Dikenali sebagai bandar gaya hidup yang selesa dengan kemudahan lengkap termasuk kondominium, taman tema, pusat beli-belah dan taman rekreasi.
– Selain itu, keunikan taman lampu digital, rumah salji dan permainan menyeronokkan menjadi syurga buat si kecil berlibur sampai puas.

Baca juga Port air mata panas kristal tersembunyi di Selangor, ini rupanya destinasi healing yang ramai tak tahu

Selangor

Taman Botani
– Beruntunglah Selangor kerana mempunyai salah satu taman botani terbesar di dunia dengan keluasan 817 hektar.
– Taman riadah tersebut sesuai untuk berjoging, berkelah, berbasikal dan aktiviti keluarga.
– Menariknya, Taman Botani Shah Alam juga berfungsi sebagai pusat pemuliharaan flora dan fauna yang menempatkan 422 spesies flora yang turut terdiri daripada spesies terancam.

Selangor

Taman Tema
– Selangor juga terkenal dengan beberapa taman tema popular seperti Sunway Lagoon, Wet World, Bangi Wonderland, SplashMania WaterPark dan i-City.
– Selain itu, terdapat juga taman tema tertutup iaitu District 21, Jump Street Asia, Kidzania dan banyak lagi untuk si kecil beraksi.

Baca juga Day trip ke Kuala Selangor jer, ini 7 destinasi port makan best kena cuba. Rugi tak singgah!

Iklan

Selangor

Farm In The City
– Konsep unik zoo yang menggabungkan hidupan liar dan taman alam semula jadi dalam bandar.
– Menariknya, ia mempunyai lebih daripada 100 spesies haiwan ternakan dan eksotik.
– Selain dapat berswafoto dengan haiwan jinak pada jarak, pengunjung juga dihiburkan dengan pertunjukan haiwan yang lucu.

Selangor

Batu Caves
– Terkenal dengan tangga pelangi ikonik dengan 272 anak tangga.
– Keunikan seni bina menjadikan kawasan tersebut antara lokasi popular dalam kalangan pelancong asing.
– Pengunjung juga boleh menikmati panorama keindahan asli batu kapur yang masih terpelihara.

Selangor

Iklan

Adakah kalian sudah menjejakkan kaki ke semua tempat tersebut? Kalau sudah, tahniah diucapkan kerana memeriahkan destinasi percutian lokal.

Jadi, apa tunggu lagi? Boleh set masa untuk staycation dua hari satu malam untuk menerokai keistimewaan bandar-bandar di Selangor.

Selangor
Kredit foto: Facebook Tourism Selangor

Okey, selamat berhujung minggu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!