HUAWEI baru-baru ini melancarkan secara rasmi rangkaian model serba baharu dengan desain lebih stailo buat peminat di negara ini.

Pengenalan fon telinga FreeClip Open-ear, MatePad Pro dan MateBook D 16 nampaknya berjaya mencuri tumpuan ramai dengan pelbagai tawaran menarik.

Jenama itu dalam satu kenyataan berkata, reka bentuk bertemakan Creation of Beauty tersebut membawakan barisan model yang ditambah baik dengan inovasi terkini.

Fon telinga FreeClip Open-ear, misalnya antara fitur baharu yang belum pernah dilihat sebelum ini bertemakan Fashion Forward yang mana menggabungkan elemen teknologi dan fesyen mewah.

 

HUAWEI MatePad Pro juga antara rekaan tablet terbaharu dengan bentuk paling nipis dan ringan meskipun mempunyai paparan skrin bersaiz 13 inci.

HUAWEI MateBook D 16 juga tak rugi untuk dibeli kerana mempunyai prestasi yang berkuasa tinggi, lebih ringan dan puas hati,” kata label terkemuka tersebut.

HUAWEI

Berikut perincian ringkas fon telinga FreeClip Open-ear:
i) Ciri teknologi kalis bunyi dengan Smart Wear Detection.
ii) Dilengkapi AI Call Noise Reduction dan disokong kalis air dan antihabuk.

HUAWEI
iii) Sambungan mudah untuk panggilan secara Bluetooth.
iv) Kapasiti bateri tahan lebih lama.

Baca juga HUAWEI perkenal 3 inovasi MatePad dengan keupayaan lebih mantap, ultra nipis, mudah dibawa ke mana sahaja

HUAWEI

Ini juga antara spesifikasi HUAWEI MatePad Pro:
i) Skrin OLED dengan nisbah skrin ke badan hingga 94 peratus.
ii) Ditambah baik dengan HUAWEI X-True™ Display dan sistem HUAWEI SOUND™.

HUAWEI
iii) Lengkap dengan HUAWEI M-Pencil (generasi ketiga) yang dikuasakan Teknologi NearLink dan papan kekunci pintar.
iv) Ciri HUAWEI MatePad’s Colour Capture membantu memilih warna yang bersesuaian melalui aplikasi berbeza.

HUAWEI

Teknologi canggih yang ditampilkan dalam HUAWEI MateBook D 16:
i) Paparan skrin 16 inci dengan HUAWEI FullView Display.
ii) Peranti super dinaik taraf dengan ciri kolaboratif multifungsi, Huawei Share, Personal Voice Enhancement, Smart Conference dan Huawei’s AI.

Iklan

Baca juga Siri Watch GT 4 Huawei terbaharu berbentuk oktagon memang stail. Dicipta dengan teknologi tinggi untuk wanita & lelaki

HUAWEI
iii) Dikuasakan dengan cip pemprosesan 13th Gen Intel® Core™ i9H-series.
iv) Hadir dalam versi cip pemprosesan 12th or 13 th Gen Intel® Core™ i5 H-series.

Ketiga-tiga gajet tersebut boleh didapati di kedai e-dagang rasmi Lazada dan Shopee dengan pelbagai diskaun menarik.

HUAWEI

Antaranya, kalian jangan lepaskan peluang untuk tebus HUAWEI Sound Joy hanya bernilai RM1 (harga asal RM699) hingga 18 Januari depan selain hadiah misteri yang masih menanti.

Iklan

Untuk info lanjut, layari https://consumer.huawei.com/my/offer/.

HUAWEI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang