BAGI yang mengenali Angah Raja Lawak, pasti tahu beliau cukup aktif dalam lakonan dan juga bergelar penyampai radio.

Selain itu, pemilik nama Iskandarsah Hashim itu rajin berkongsi masakan di laman media sosial miliknya.

Setiap kali bapa kepada dua orang cahaya mata itu memuat naik video masakan, pasti meraih pujian ramai.

Menu yang disediakan cukup enak, ditambah pula dengan cara beliu masak cukup simple menambahkan lagi keinginan pengikutnya untuk mencuba resipi yang dikongsikan itu.

angah

Baca ni Angah Raja Lawak timang anak perempuan ketiga

MasterChef Selebriti

Bagi yang tidak tahu, anak kelahiran Muar, Johor itu pernah bergelar naib juara bagi pertandingan masakan MasterChef Selebriti Malaysia pada tahun 2012.

Tidak hairanlah setiap kali memasak, gayanya memasak memang nampak ala-ala cef profesional. Admin antara salah seorang yang suka melihat video masakan penyampai radio di Sinar FM itu.

Terbaharu, rakan selebriti, Sharifah syahirah atau Shiera memuat naik sepotong video ketika berkunjung ke rumah pelakon filem Ngangkung itu baru-baru ini.

Dalam video tersebut, Shiera ada berkongsikan beberapa sudut dalam kediaman Angah termasuklah di bahagian dapur basah, ruang rehat dan juga sudut yang wajib diambil iaitu ruang makan.

angah raja lawak

Seperti biasa, sebagai tuan rumah, Angah menyediakan hidangan buat tetamunya. Selain Shiera, turut hadir ialah Ijoy dan isteri Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub.

“Minggu ni tak kerja gi lunch umah @angah_lawaking the most suami mithali duk umah je dia ngan isteri dan anak anak

“Ni semua @latip.my yang suh datang kacau angah. Apa lagi kami serang @zira.ayub @nabilzira

“Thank you kenyang kami ..tido terduduk dah ni kenyang sangat,” ujar Shiera menerusi kapsyennya.

angah 1

Baca lagi ‘Laki muda tapi matang, untung isteri.’ Harris Alif jaga Intan Ladyana & bayi dalam pantang dipuji ramai

Usai menonton video tersebut, rata-rata memuji dan kagum dengan keindahan kediaman pelakon berkenaan.

Lebih mencuri tumpuan pastinya dapurnya yang tampak besar dan konsep outdoor memudahkan aktiviti memasak.

Baca juga Syafie Naswip kongsi video memasak dengan mak mertua raih pujian. ‘Seronok dapat menantu suka & pandai masak.’

Berikut SinarPlus kongsikan komen daripada warga maya:

‘Bagusnyaa @angah_lawaking rajin masak.. bila nak buat program kuali terbalik ngah.’

‘Bestnya kitchen dia. Jenis outdoor macam ni.’

angah rajalawak

‘Alhamdulillah jaga anak isteri elok, berkat hidup.’

‘Masak memang penat tapi nikmat seronok bagi orang makan lagi² orang puji sedap.’

Iklan

‘Bestnyaa view kitchen die..tenang je masak.’

‘Kitchen die mamang standby nak kenduri nih.. syok nya.’

‘low profile angah ni… memang suka tengok dia masak dan resepi angah nampak sedap belaka…angah ni pembersih..terbaiklah.’

‘Cantiknya rumah angah.. masya-ALLAH tabrakallah… tq kak Syira bagi kami tengok.’

angah raja lawak 1

‘Cantik rumah Deko rumah pun cantik.’

‘Bertuah dapat suami pandai masak.’

‘Bestnyaaa dapur diaaaa . Puass nak masakkkkk 😍😍😍😍 . Best sgtttt . Ya Allahhh . Dapur idaman ni !!’

Iklan

‘Alhamdulilah cantik rumah.’

Sumber: Instagram shieraijoy

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang