Kembara gastronomi kulinari Jepun & benua Eropah, ini 4 lokasi santapan eksklusif tengah kota yang boleh dicuba

TAK perlu terbang jauh semata-mata mahu menikmati kulinari autentik Jepun dan benua Eropah kalau di Malaysia, semuanya sudah tersedia depan mata.

Kuala Lumpur, misalnya mempunyai lambakan destinasi makan-makan yang boleh buat kalian rambang mata.

Cuma, untuk mencari tempat yang eksklusif dan privasi dengan sajian high class, mungkin kalau kena dengan bajet, semua plan boleh terus onz!

Jadi, kalau kalian sedang usha port makan di bawah satu bangunan, apa kata pertimbangkan Menara Hap Seng 3 yang terletak di tengah ibu kota.

Menariknya, mercu tanda Hap Seng itu mula dikenali sebagai destinasi gastronomi yang menghimpunkan para pengusaha restoran terbaik.

Iklan
Iklan

 

Lokasi strategik dan mudah diakses, reka bentuk pembangunan ikonik yang berintegrasi dengan menara lain memudahkan orang ramai untuk datang berkunjung.

Berikut perincian empat restoran yang boleh kalian usha untuk majlis privasi atau candle light dinner bersama tersayang:

1. NIKU29

  • Menggabungkan pilihan daging premium yang disahkan halal dari Jepun dan Australia.
  • Menjanjikan pengalaman santapan yang tidak dapat dilupakan, NIKU29 merupakan salah satu penambahan terbaharu dalam senarai restoran eksklusif milik Curate Group.

2. Skillet KL

  • Skillet KL menawarkan hidangan moden Eropah dengan menumpukan bahan ramuan bermusim dan perisa berinovasi.
  • Dipimpin oleh Cef Eksekutif Raymond Tham yang merupakan pengasas bersama dan cef eksekutif Burnt & Co. and Beta KL.

Baca juga Setaraf menu di hotel, restoran mewah. Hidangan sentuhan Cef Fazley di hospital rangkaian IHH curi tumpuan

  • Satu-satunya restoran di Malaysia yang dianugerahkan dengan bintang Michelin 2023 dengan suasana urban kontemporari.

3. Asador V

  • Menyediakan hidangan yang memuaskan selera penggemar hidangan gril.
  • Menampilkan menu lazat stik dry-aged premium dan koleksi makanan laut menyelerakan yang dipanggang di atas api secara live.

  • Hidangan dan hiasan dalaman Asador V pasti memukau para tetamu dan mendorong mereka untuk kembali lagi.

Baca juga Percutian atas kapal mewah Resort World Cruises, ini 8 perkara menarik yang boleh dilakukan

4. Sushi Masa

  • Sushi Masa oleh Ishibashi membawakan pengalaman sushi ala Edomae asli dari daerah Ginza, Tokyo.
  • Diketuai oleh Cef Bintang Michelin, Masakazu Ishibashi, restoran itu menawarkan kulinari tradisi Jepun.

  • Sebagai salah sebuah restoran di bawah Curate Group, Sushi Masa mencerminkan semangat dan keazaman kumpulan itu terhadap budaya kulinari Jepun.

Wah! Nampak menarik untuk mereka yang merancang event tertutup bersama insan atau famili tersayang.

Tak salah kalau bos atau majikan sekali-sekala nak belanja anak buah, bolehlah pertimbangkan empat restoran serba mewah berkenaan untuk makan malam.

Okey! Selamat menjamu selera.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee

 

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Published by
Arziana Mohmad Azaman

Recent Posts

Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet

PASANGAN mempelai ini meledak di laman sosial Facebook. Siapa sangka dengan hanya satu hantaran oleh…

54 mins ago

Bekas suami kahwin lain, Jaclyn Victor tumpang gembira. ‘saya doakan dia & isteri bahagia selamanya’

Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi rasa gembira mendengar perkhabaran berita bekas suaminya, Shawn Rivera bertemu jodoh…

2 hours ago

Nur Izzara lengkapi rumah tangga Datin Alyah dan Tok Ram. ‘Murahnya rezeki, bakal tunai haji, dapat baby’

KEHADIRAN si kecil bernama Nur Izzara mengubah kehidupan penyanyi terkenal, Datin Alyah. Dalam satu hantaran…

5 hours ago

Pelakon & penyair Pyanhabib Rahman meninggal dunia pada umur 66 tahun

PELAKON dan penyair Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman atau dilaporkan…

7 hours ago

Sedekad menanti, wanita timang anak sulung pada usia suami 80 tahun. ‘Alhamdulillah 31 Mei puteri kami dilahirkan’

SEBAK dan menyentuh hati, video memaparkan seorang bapa mengiqamatkan bayi menjadi tular di laman sosial.…

20 hours ago

Gelagat Aidid rakam anak sulung lulus lesen P mencuit hati. ‘Habislah, kena tambat kereta lepas ni’

KEMAHIRAN memandu dan memiliki lesen adalah kemahiran asas yang menjadi kemestian pada masa kini. Malah…

22 hours ago