PERTAMA kali menikmati kuih kaswi ‘gedik’, cukup lembut, kenyal, lemak manis dan dimakan pula bersama kelapa parut yang ditaburi sedikit garam, memang membuka selera.

Yang menjadi kesukaan ramai, apabila dipegang ia bergoyang-goyang. Walaupun sudah sejuk, namun masih tetap lagi lembut.

kaswi gedik

Itu tarikan yang ada pada kuih kaswi dan mungkin ada yang bertanyakan apakah perbezaan dengan kuih yang sedia ada.

Justeru, SinarPlus baru-baru ini menemu bual seorang pengusaha kuih berkenaan, Zasliha Che Zabar.

Baca ni Jom buat kuih kaswi sukatan cawan yang sedap!

liha
Zasliha Che Zabar

Viral di media sosial
Akui si cantik manis yang berasal dari negeri Cik Siti Wan kembang itu, kuih tradisional itu mudah untuk disediakan selain tidak memerlukan banyak bahan yang rumit antara sebab beliau memilihnya untuk dijual.

“Saya memilih kuih ni sebab salah satu kuih yang tak renyah untuk disediakan dan bahan pun senang didapati.

“Nama gedik tu asalnya daripada teksturnya yang lebih kenyal dan gedik apabila dipegang. Barangkali itu yang menyebabkan kuih tersebut menjadi perhatian sehingga tular di media sosial.

“Selain itu, tekstur dan bentuknya sedikit berbeza dengan kaswi biasa menyebabkan ramai yang menggemarinya,” ujarnya.

Baca juga Acuan punca kaswi gedik berbau, rasa sabun? Ini cara cuci betul, hanya guna dua bahan

kaswi gedik

Lebih mesra dengan panggilan Liha, ibu kepada dua orang cahaya mata itu mengakui kuih asal sedikit keras, sementara yang gedik ini lebih lembut dan tidak mudah putus selain tidak muak apabila dimakan.

“Untuk menghasilkan kuih ini memang tidak mengambil masa, hanya dengan tiga kali percubaan sahaja saya sudah dapat rentak dan menjadi tanpa sebarang masalah.

“Bukan itu sahaja, saya juga tidak menyertai sebarang kelas memasak, sebaliknya sejak dahulu lagi saya suka olah sendiri mana-mana resipi yang disiarkan di internet,” ujarnya lagi.

Iklan

Tuan punya badan turut bersyukur kerana sehingga kini sambutan yang diterima cukup menggalakkan dan tidak menang tangan.

Pada masa sama, Liha turut berkongsi perbezaan antara kuih kaswi original dan jenis gedik ini.

kaswi pandan

Untuk bahan-bahan utama yang digunakan adalah seperti gula, pandan, air, tepung gandum, tepung ubi dan santan.

Setakat ini, cara masak untuk kedua-dua kuih tersebut lebih kurang sama sahaja dengan yang jenis original atau asal, termasuklah untuk barang asas lain.

Iklan

“Untuk kuih kaswi gedik ini, saya mengeluarkan dua jenis iaitu kaswi pandan dan gula merah,” ujar beliau lagi yang menggunakan platform Facebook dan Instagram untuk mempromosikan jenama Bonda Baked miliknya.

kaswi gula merah

Resipi kaswi gula merah & pandan
Kaswi Gula Merah
1 cawan gula merah ( Beli DI SINI)
1/2 cawan gula putih (Beli DI SINI)
2 cawan air
Sehelai daun pandan
* (Masak sehingga mendidih dan sejukkan)2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi (Beli DI SINI)
 2 cawan air
2 sudu besar air kapur (Beli DI SINI )
Sedikit garam
Cara membuat:
  • Masukkan bahan dalam mangkuk, kemudian tuangkan air gula merah yang sudah ditapis tadi (Jika nak warnanya hitam masukkan sedikit kicap pekat, kacau sebati)
  • Pastikan air kukusan tu sudah mendidih.
  • Sapu loyang dengan sedikit minyak baru masukkan adunan tersebut.
  • Kukus selama 45 minit atau pun sejam.
  • Sejukkan dahulu, kemudian boleh lah potong dan digaul dengan kelapa parut yang dicampur sedikit garam.
kaswi pandan 1
Kaswi Pandan 
3 cawan tepung gandum ( Beli DI SINI)
3 cawan tepung ubi (Beli DI SINI)
3 cawan gula (Beli DI SINI)
3 cawan air pandan
3 cawan air biasa
Sesudu kecil garam
2 sudu air kapur (Beli DI SINI )
Sedikit pewarna hijau
Cara membuat:
  • Satukan semua bahan di atas. Kemudian, sapukan acuan dengan sedikit minyak. Isi adunan sehingga penuh acuan dan kukus selama 15 minit.
  • Apabila sudah masak, biarkan kuih sehingga sejuk sebelum keluarkan daripada acuan.
  • Kukus kelapa parut untuk tahan lama dan tak mudah basi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!