HANYA memuat naik sepotong ayat berkenaan ibunya, media sosial milik Izara Aishah meraih perhatian ramai.

Hantaran yang dimuat naik semalam itu mengundang tumpuan, pun demikian tiada sebarang komen dapat dikongsikan kerana Instagram milik pelakon dan personaliti televisyen itu diprivatekan.

izara 1

 

“My mama. I don’t know what I would do without you.” Demikian kapsyen ringkas daripada pemilik nama sebenar Izara Aishah Hisham.

Perkongsian tersebut memaparkan Izara bersama bersama mamanya, Shafina Khalid.

Turut berada dalam potret tersebut adalah suami kesayangannya, iaitu Adib Khalid dan anak-anak mereka.

izara 2izara

 

Tampak seiras

Tampil dalam busana rona krim, nyata pesona anak-beranak begitu terserlah. Ditambah pula dengan kehadiran dua anak perempuan Izara iaitu Irisa Alaia dan Amara Amina. Memang cantik dan comel betul apabila ibu, anak dan cucu-cucu bersatu.

izara 3

jika diamati, rupa anak-beranak ini tampak seiras lebih-lebih lagi ketika maisng-masing sedang tersenyum. Darah kacukan Pakistan yang mengalir dalam diri menambahkan lagi kejelitaan buat kedua-duanya.

Untuk rekod, Naib Juara Dewi Remaja 2009/2010 itu mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Adib Khalid yang juga anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada 2017.

Iklan

 

 

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata, Irisa Alaia dan Amara Amina.

Sumber: Instagram izaraaishahofficial

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!